Assalamualaikum little caliph..
Since reading 2nd BSP hari tu ok, so doktor pakar bagi gap sebulan sebelum next BSP. So, 6.4.12 lepas, ibu kene buat 3rd BSP. dan ini keputusannya,
8 pagi : 4.9mmol/L
10 pagi : 4.7mmol/L
3 ptg : 9.9mmol/L
8 malam : 5.7mmol//L
Masa ni hari Jumaat. tengahari tu ibu had lunch dengan ayah sebelum ayah ke Masjid Negara untuk solat Jumaat. masa lunch dengan ayah, ibu makan nasi campur dan diakhiri dengan buah mangga yang manis.. tambah pulak ibu order teh o ais.. ermm.. memang sedaplahkan sampai reading BSP utk pukul 3 tu jadi tinggi. terkejut ibu. tak pernah BSP reading setinggi tu.. even masa minum air gula dulu pun baru 8.8mmol/L.
Isnin depan tu, ibu kene jumpa doktor. kali ini Dr. Rosanna.. Indian doktor. sepatutnya doktor pakar dah bagi tarikh scan pada 16.4.12. tapi Dr. Rossana buat scan pada hari tu jugak, so ibu tak perlu lagi ke KIA untuk scan pada 16.4.12.
Dr. Rosanna agak terkejut tgk BSP tinggi tu.. terus dia tanya ibu makan apa sebelum tu.. jujurlah jawab makan nasi & manggo. Dr. Rosanna suruh ulang BSP pada hari Khamis sbb katanya kalau reading tinggi, tiap2 minggu kene monitor. dia setkan 4th BSP pada Khamis, 12.4.12.
Alhamdulillah, result 4th BSP ok. resultnya,
8 pagi : 4.3mmol/L
10 pagi : 5.5mmol/L
2 tghari: 5.3mmol/L
8 malam : 3.4mmol/L
Esoknya tu ada appointment dengan doktor. kembali jumpa Dr. Rohani. Dr. Rohani sangat ceria hari tu.. tak seperti kali pertama ibu jumpa dia dulu.. banyak info & banyak jugak soalan ibu tanya. maklumlah bila tgk mood doktor ok, semua yg ibu baca dari internet pasal pregnancy, semua ibu tanya Dr. Rohani.. just nak double confirmed maklumat yg ibu baca betul atau tak je.
guess what? Dr. Rohani pun pregnant! 14weeks! and she just 29years old.. lebih kurang je umur kami..so ibu assumed masa 1st time kami jumpa yg dia xbyk cakap tu, maybe dia tgh morning sickness kot.. ibu kamu ni pulak suka benar nak ambil nombor giliran yg pertama. pagi2 dah terpacak dpn pintu KIA.
just Dr. Rohani agak terkejut dengan reading pukul 8 malam tu.. sbb katanya rendah sangat. dia tanya ibu ada pening2 or berpeluh2 tak. ibu kata takde pun. kemudian dia tanya pula apa yg ibu makan sebelum tu.. ibu just kata last meal ibu pukul 5 ptg. ibu makan spagetti olio aglio dengan ceaser salad. kebetulan masa tu restoran ada buat food testing, mcm biasalah, ibu kamu ni selalu dijemput jadi juri utk food testing=)
Dr. Rohani just kata "ok, good! puan dah pandai control diet. dah tahu what to eat more & what to be avoid"
=)
so, Dr. Rohani bagi gap sebulan utk next BSP iaitu 10.5.12 & appointment with the doctor will be on the next day, 11.5.12.
nanti ibu cerita lagi ya..
0 comments on "3rd BSP & 4th BSP"
Post a Comment