Powered by Blogger.

Tuesday, December 11, 2012

hari yang ibu kene induced

3 comments
Assalamualaikum Ziyad..

pagi Rabu, 5 September 2012.

Ibu & ayah bangun awal.. bersiap ke hospital. sampai hospital terus ke admission counter. lepas register, ibu mintak izin nak breakfast kat cafe dulu. sebenarnya ibu suka white coffee n milo panas kat cafe Columbia tu.. rasa sedap je kat tekak ibu. but pagi tu ibu pilih hot milo instead of white coffee sbb ibu xnak ada apape kesan caffein sebelum bertarung nak lahirkan kamu. actually dlm milo pun ada caffeine sbb caffeine ada dlm coklat cuma kadarnya sikit berbanding kopi..

selesai breakfast, baru ibu dibawa ke wad. timbang berat badan.. 61kg.. dalam wad, ibu hanya duduk diam melayari facebook dengan ayah. walaupun dlm bilik tu ada tv & astro, tapi xde 1 cerita pun yg menarik perhatian kami. kemudian dtg nurse bwkkan 1 machine. itulah rupanya machine CTG yg selalu ibu baca di blog2 pengalaman orang bersalin..

lepas dah pasangkan CTG, nurse dtg semula untuk tengok graph.. kata nurse, xde lagi contractions dan kamu sedang tidur! hai lah anak ibu ni=')

kemudian nurse bagi ubat berak. owh, sungguh berkesan.. xsampai 2 minit, ibu dah berlari ke toilet. lepas tu, pukul 11 pagi, dr. shida datang untuk masukkan ubat induce bagi membuka pintu rahim. lepas ubat dimasukkan, ibu xboleh turun dari katil selama sejam sbb takut ubat akan terkeluar & jatuh.

dr. shida akan dtg lagi jam 5 ptg iaitu selepas 6jam ubat dimasukkan untuk tgk sejauh mana badan ibu respond terhadap ubat. dalam masa yg sama, dtg pulak orang nak ambik order untuk makan malam.. ibu serba salah nak pilih menu. samada menu biasa atau menu confinement sbb ibu xpasti bila ibu akan start berpantang.. hehehe.. lunch tu, ibu hanya diberikan bubur ayam saja..


ibu mintak ayah belikan nasi utk ibu. ayah tapaukan nasi goreng cina dari cafe hospital. sementara ayah pergi tapau, ibu hanya berehat di katil dan membaca surah Yaasin. ibu juga solat duduk di katil saja.


ayah ada mintak ibu jalan2 untuk memudahkan contraction. tapi sbb dr. shida ada cakap yg tiada kajian membuktikan banyak berjalan akan memudahkan contraction, jadi ibu fikir elok rehat dan simpan saja tenaga untuk bertarung dalam labor room nanti.. lagipun ibu rasa aktiviti ibu berjalan setiap hari keliling park semasa sarat mengandung, dah cukup kot untuk ibu mengekalkan stamina.

Jam 5 ptg, dr. shida dtg lagi tgk CTG punya graph.. masih sama.. contraction ada tapi sangat2 ringan. dr. shida check bukaan pintu rahim. biasanya orang panggil 'seluk'.. bukaan dah buka tapi baru 1.5cm saja.. jadi dr shida masukkan lagi ubat untuk 2nd dose. katanya dia mahu pulang dan jam 11 mlm nanti midwife akan seluk lagi.. if tiada perkembangan, doktor akan buat c-sec.

sepanjang hari tu, ibu & ayah hanya melepak je dalam bilik wad. kemudian, dtg nurse bagitau ibu kene pindah bilik. kali ni bilik yg betul2 berhadapan dengan Labor Room. 

Tokbah, nenek, oyang, paksu dan maklang sampai selepas asar. ibu xde rasa sakit lagi pun sepanjang hari tu. nurse ada dtg tengok graph CTG. nurse tanya rasa sakit atau x. memang ibu xde rasa sakit lagi masa tu tapi nurse kata dah ada mild contraction berdasarkan graph dan sepatutnya ibu ada rasa sakit.

sebenarnya, sepanjang ibu mengandungkan kamu, selain ibu berdoa agar dipermudahkan untuk melahirkan kamu, ibu juga berdoa agar tidak diberi rasa sakit yang lama. ibu selalu cakap dengan ayah,

"harap2 nanti sakit xlama la.. sakit 2 jam, pastu terus beranak.. boleh x?"

"tapi kan doktor kata setiap 1cm, 1jam.. ada 10cm, so at least 10jam. tapi kuasa Allah,kan.. mudah2an sayang xsakit lama"

start pukul 8, ibu dah rasa sakit. baru tau inilah rasa contraction. ibu panggil midwife bagitau ibu dah sakit.

"berapa kali rasa sakit dalam berapa minit?"

Hah? ala, xkirala pulak. midwife bagitau kene kira dalam julat 10 minit. ibu mintak midwife check bukaan. tapi midwife kata xboleh seluk selalu sebab boleh jadi infection. midwife kata bagusla ada rasa sakit. dia tanya tahan sakit x, kalau nak epidural, inform dia. epidural tu ialah sejenis pain killer. ayah xbagi ibu ambik epidural. selagi boleh bertahan, ibu akan tahan.

pukul 8.30 malam, midwife seluk sebab ibu mintak. kali ni, ibu menjerit sikit sbb sakit! selama ni dr.shida je yg check bukaan dan xpernah pun ibu rasa sakit. kali ni dengan midwife ni, betul2 sakit. mungkin dia buat kasar kot. hasilnya bukaan ibu masih lagi 1.5cm..

ibu redha.. andai sampai kul 11 mlm masih 1.5cm, ibu akan dibedah. lepas midwife pergi, ayah mintak izin ibu nak ke cafe.. ibu ingat ayah lapar.. rupanya ayah nak online je sbb kat cafe ada wi-fi.. ibu diam je. nak kata boleh, instinct ibu rasa ibu akan semakin kerap sakit.. nak kata xboleh, ibu kesian kat ayah sepanjang hari dah hadap ibu kat bilik.. mungkin dia bosan.. sedangkan ibu pun rasa sedikit bosan sbb masuk wad dari pagi tp xsakit.. dah malam ni baru rasa sakit tu pun bukaan baru 1.5cm..

ayah xjadi ke cafe. tak lama lepas tu, ibu makin kerap sakit. ayah kata start pukul 9.30 malam, contraction ibu jadi tetap dan kerap. ayah yg tolong kirakan berdasarkan mesin CTG tu.. mesin tu memang dipasang sejak dari petang lagi.. masa ni ibu hanya baring & pejamkan mata je.. ibu rasa ibu ada tertidur juga bila contraction xde & terjaga bila contraction datang. dtg seorang midwife yg lain.rupanya shift dah bertukar. midwife yg baru ni pun tanya ibu nak epidural atau x. ibu tetap xnak. walaupun sakit, tapi ibu boleh tahan. dalam masa sakit tu, ibu ada jugak makan kurma. nak bagi instant energy utk tahan rasa sakit. minum air zam-zam, air yaasin & air selusuh yg ayah buatkan.

ibu xtahu berapa lama ibu sakit sebb ibu xtgk jam pun. ibu xnak tgk jam sbb nnt akan mempengaruhi minda.. nenek duduk belakang ibu sbb masa tu ibu mengiringkan badan sebelah kanan menghadap ayah yg duduk disisi ibu..Nenek usap2kan bahagian pinggang & belakang badan ibu sambil selawat. Ibu juga rasa nenek sapukan air kat belakang badan & pinggang ibu.  tak lama lepas tu, tiba2 ibu rasa ada bendalir keluar. hah! ibu agak mungkin air ketuban. ibu suruh ayah panggil midwife.

" i think my water bag burst already"

"Ok, i will do the VE (Vagina examination = 'seluk')"

" it's not your waterbag.. dah ada show.. ada blood sikit.. so i have to do the VE now"

Midwife kali ni check bukaan xsakit pun macam midwife yg awal tadi. tiba2 midwife sedikit menjerit,

" Opening already 5cm.. ready to go to Labor Room"

Ibu xtahu ape yg jadi masa tu. xingat sangat. yang ibu sedar tiba2 datang seorang lagi nurse bawak wheelchair dan bantu ibu bangun dari katil & dudukkan di wheelchair tersebut. ibu mintak kebenaran nak minum air. tapi midwife tak bagi sebab dia ingat ibu nak makan (-_-") salah dengar midwife ni..

tp dia kata dont worry.. go to labor room first.. dlm labor room nanti dia bagi minum. dia suruh bawak air zamzam or air selusuh or apape air lah..

sampai labor room, ibu dibawa ke toilet utk buang air kecil sebab midwife kata pundi kencing ibu penuh dengan air. sangat ngeri dalam toilet nak buang air sebab ibu takut kalau2 kamu terkeluar time tu.. hehehe.. kemudian ibu dibawa ke katil..midwife dah baringkan ibu dalam posisi untuk bersalin kecuali kaki ibu masih belum diikat pada palang sisi katil..

midwife buat VE sekali lagi.. terkejut dia sbb xsampai 5 minit bukaan dah 6cm nak masuk 7cm.. cepat2 dia call Dr. Shida. ibu dengar dia inform Dr. Shida pasal bukaan ibu yg cepat. midwife ada tanya pasal epidural. kali ini ibu mcm nak menyerah kalah. ibu angguk je bila dia tanya nak epidural ke x.. tak lama lps tu, midwife bagitau yg dia xleh bagi epidural sebab ibu dah 8cm dan bukaan ibu sangat cepat sedangkan epidural ambil masa sejam utk bertindak.. tah2 ibu dah selamat bersalin masa epidural baru nak bertindak balas..

jadi, midwife bagi ibu entonox.. entonox ni gas.. ibu hanya perlu sedut bila ibu rasa sakit.. gas ni bagi ibu xlah mengurangkan sakit. tapi ia buat ibu rasa mengantuk.. bila xde contraction, ibu rasa mengantuk & buat ibu rasa rileks.. tapi bila contraction datang, tetap rasa sakit!..

tiba2 ibu terasa nak meneran macam nak buang air besar. ibu tahu masanya dah semakin dekat. Ibu tahu tu sebenarnya rasa nak teran sebab nak beranak! Ibu nak panggil midwife yg tgh siapkan babycot.. tp suara ibu xterkeluar.. masa tu jugak midwife pandang ibu & dia mcm tahu je ibu ada rasa nak meneran..

“if you feel nak push, then push je.. don’t worry, the baby wouldn’t be out that easy”

Hah? Setahu ibu ada sesetengah hospital bila rasa nk push, dia suruh tahan dulu sampai doctor sampai or sampai bukaan penuh.. siap ada yg kepitkan kaki lagi.. tapi cakap dlm hati je la.. ibu xtau kenapa sepanjang dlm labor room tu, mulut ibu mcm terkunci xbersuara pun!

So, ibu teran jugak lah bila ada rasa nak meneran tu.. bagus jugak ibu rasa.. bila kita meneran, kita rasa lega.. xdelah buang tenaga nak tahan dari meneran.. midwife dtg dan mintak air zamzam dari ayah. kemudian midwife sapukan air zamzam keseluruh badan ibu sambil suruh ibu selawat & ingat Allah. memang basah kuyup ibu di'mandi'kan air zamzam.

kemudian ibu nmpk Dr. Shida datang. Rileks je dia pakai t-shirt & cardigan.. doctor on-call..

lepas dr. shida ready, kaki ibu diikat disisi katil, dr.shida tanya ibu dah buang air kecil ke x. ibu angguk tanda sudah. tapi doktor kata air kencing ibu masih ada. jadi dia tolong sedut keluar. kemudian doktor kata dia akan pecahkan air ketuban. lepas tu baru doktor suruh ibu push. bila contraction datang, ibu kene push sekuat hati. tapi malangnya, contraction ibu xlama menyebabkan ibu xboleh nak push dengan bersungguh2..

sampai disini dulu. nanti ibu sambung cerita lagi ye sayang..


 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards