Powered by Blogger.

Thursday, November 8, 2012

minggu 38 : check up terakhir rupanya sebelum masuk wad untuk bersalin

0 comments
Assalamualaikum Ziyad..

Sorry sangat2 sebab tak berkesempatan nak coretkan hasil check up minggu ke 38 sebab tidak dijangka ibu harus masuk wad keesokkan hari selepas check up sbb doktor nak induce utk kamu dilahirkan. sekarang kamu dah pun berusia 2 bulan & ibu dah kembali bekerja. baru berkesempatan nak coretkan untuk kenangan kamu dimasa hadapan.

Selasa 4 September 2012

Kalau minggu sebelum tu, check up dengan Dr. Nasuha, kali ni kembali check up dengan Dr. Norshida yang dah kembali dari mengerjakan umrah. rupanya Dr. Nasuha dah catatkan 1 note kecil utk Dr. Norshida. note yang ringkas & pendek tapi penuh makna..

"KIV for IOL"

itu saja yang ditulis oleh Dr. Nasuha.

Ibu agak "IOL" tu stands for "induction of labor", mungkin.

Scan dijalankan. ternyata hasil scan, berat kamu adalah 3.6kg. Dr. Norshida check lagi kedudukan kamu. kepala dah engaged & kamu dah matang. cuma pintu rahim saja yang belum terbuka. dr. suggest untuk induce sebab kemungkinan kamu bersaiz besar untuk ibu lahirkan secara normal memandangkan frame badan ibu adalah kecil. kalau tunggu sehingga due date, berat kamu boleh mencapai 4kg & terlalu besar & berisiko utk dilahirkan normal.

Dr. nak ibu masuk ke wad keesokkan harinya untuk induce. dr. terangkan yang ubat akan dimasukkan ke dalam badan ibu untuk membuatkan pintu rahim terbuka. setelah pintu rahim terbuka 3cm, ibu akan dimasukkan ke Labor Room dan akan diberikan ubat untuk mempercepatkan contractions yg mana ibu rasa bagus kalau dipercepatkan contractions sbb ibu xmau kehilangan begitu banyak tenaga utk menahan contractions.

tapi sekiranya badan ibu xrespon dengan ubat tersebut & pintu rahim xterbuka selepas 6jam, ubat akan dimasukkan sekali lagi & tunggu sehingga 6jam berikutnya. sekiranya bukaan masih belum sampai 3cm, maka 3rd dose akan dimasukkan.. akhir sekali sekiranya tiada rezeki ibu bersalin normal, pintu rahim masih tak terbuka, maka ibu akan dibedah.

lepas dah faham proses yang akan berlaku keesokkan harinya, ibu & ayah terus ke rumah nenek untuk bagitau semua orang dirumah. nasib baik bag ibu & beg kamu ibu dah siap kemas. air zam-zam, air 30juzuk dan air yaasin yang nenek buatkan pun ibu dah siapkan. telur ayam kampung & kurma juga ibu dah pack. tak lupa juga air zam-zam yang ayah dah bacakan surah2 & ayat2 tertentu dari Al-Quran sebagai air selusuh pun dah masuk dalam bag.

ibu juga dah senaraikan nombor telefon yg perlu ayah hantarkan sms utk khabarkan kelahiran kamu nanti. jadi malam tu, ibu & ayah hanya bersantai di Pizza Hut. Malam tu, ayah suruh ibu tidur & jangan terlalu memikirkan sangat hari esok=)

memang berdebar2 menanti esok..

nanti ibu akan ceritakan pula proses kelahiran kamu ya.. sampai sini dulu..
 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards