Powered by Blogger.

Sunday, May 27, 2012

bantal bulan

3 comments
Assalamualaikum little caliph,

lately ni ibu selalu sakit kaki kanan. mungkin sebab drive hari2 kot. Alhamdulillah, thanks to the technology and inovation. ayah bought this nursing pillow and sangat2 membantu ibu mengurangkan ketidakselesaan semasa tidur malam.


aunty shue panggil 'bantal bulan'

Honestly selama ni ibu ingat Nursing Pillow ni hanyalah barangan kehendak semata-mata. tambah pulak ia agak pricey. sebab ibu tak rasa ia penting sangat2.. maksudnya, dulu xde pun nursing pillow bagai, boleh je ibu2 mengandung tidur, boleh je breastfeed baby semua.. ada jugak ibu terfikir, alah, guna bantal biasa pun boleh.

tapi ibu silap. there's must be a reason why people came out with this type and shape of pillow. Nasib baik ayah belikan jugak walaupun ibu kata xnak pada mulanya..hehehe..cepat, say thanks to ayah!..

mmg agak selesa tidur dengan bantal ni. sekarang pulak ibu dah tak boleh tidur terlentang.. mesti mengiring samada sebelah kanan atau kiri. selalu juga ibu terjaga ditengah malam sebab sakit satu badan if ibu tertidur secara terlentang. kadang2 sampai nak nangis sbb sakit sangat nak angkat badan.

dengan nursing pillow ni, biasanya ibu akan letakkan bantal kat belakang macam perempuan dalam gambar tu. so, everytime kalau ibu in deep sleep tak sedar ibu tukar position, bantal ni akan halang ibu dari tukar ke posisi terlentang.

insyaAllah, ibu percaya this nursing pillow akan membantu kamu juga waktu menyusu nanti. now ibu and ayah selalu berdoa supaya dimurahkan rezeki kami agar dapat memberikan susu ibu kepada kamu. juga semoga rezeki kamu murah untuk merasai susu ibu hingga umur 2 tahun.. insyaAllah..

Wednesday, May 23, 2012

BSP dengan glucometer sendiri

0 comments
Assalamualaikum little caliph,

Sorry sayang.. ibu lambat update pasal check-up last week. Disebabkan BSP ibu yg tak cantik pada 10May2012, so Dr. Rosanna suruh repeat lagi BSP 17May2012. Oh ya, ibu lupa nak bagitau kamu yg ayah belikan ibu glucometer=)

jadi 17May12 tu ibu tak yah ulang alik ke klinik. dengan gembira dan senang hatinya ibu buat test sendiri kat office.. tapi kene jujurlah rekod sendiri di buku pink. Alhamdulillah, bacaan ok.

17May12

8 pagi - Macam biasa, puasa start dari 10malam 16May12. BSP - 4.2mmol/L. ibu check masa kat rumah sebelum bertolak ke office.

10 pagi - ibu breakfast minum susu low fat je.. hehehe.. bacaan sama jugak 4.2mmol/L.

3 petang - why pukul 3, bukan pukul 2? sebab kalau pergi check kat klinik, ibu kene makan sebelum pukul 12tghari sbb bacaan kena ambik 2 hours after last meal. tapi sbb dah ada kit sendiri kan, so agak flexible utk ibu buat check up bila asalkan mengikut peraturan 2 hours after last meal tu. bacaan pukul 3 petang selepas 2 jam proses penghadaman nasi campur, ialah 4.8mmol/L.

8 malam - 4.6mmol/L.

Alhamdulillah, esok tu 18May12 ibu jumpa Dr. Rohani. macam biasa, kita jadi 1st patient=) Dr. Rohani puas hati dengan BSP and advice ibu utk monitor sendiri what kind of food yg boleh menyebabkan BSP tinggi since ibu dah ada kit sendiri dirumah. dia advice after lunch and dinner. maksudnya xyahlah ulang 4 kali sehari macam BSP kan.. rugi stripe je nanti.. hehehe...

Dr. Rohani scan. penerangan dia lebih memuaskan hati berbanding Dr. Rosanna. Dr. Rohani siap kata kalau xsilap dia, dia dapat detect gender kamu tapi dia tak pasti sangat sebab kejap sangat nampak.. mcm sekali imbas gitu.. xpe, nanti ibu and ayah will do another scan kat klinik private kegemaran ayah sebab ayah kata scanner dia canggih..hahaha..

Actually, kami tak kisah samada kami dikurniakan baby boy or girl as long as you're healthy and jadi anak yang soleh, kami dah bersyukur sangat2..

Ayah ke Kota Bharu semalam until this Saturday. ada kerja disana.. so, tolong ibu ya.. behave sbb ibu sorang2.. ayah xde nak tolong urut ibu setiap malam.. so jgn nakal2 sgt and please jgn mintak makan benda susah2 nak dapat.. kesian nanti tok abah and nenek nak tolong carikan..

semalam uncle Bobo dah tolong belikan air soya fresh tanpa gula.. tapi kamu minum secawan je? hihihi..

23May2012

Wednesday, May 16, 2012

1st expo for ibu & ayah

0 comments
Assalamualaikum little caliph

Kamu semakin aktif bergerak2 sekarang. sekarang ibu selalu sakit kaki kanan. rasanya kesan dari aktiviti ibu memandu kereta setiap hari meredah kesesakan lalu lintas. itu baru kereta auto.. kalau kereta manual, mmg lagi sakitlah kaki kiri dan kanan.

nasib baik ayah tolong sapukan minyak dan urutkan setiap malam. even malam tadi pun ayah dah tertido dulu sementara ibu excited sangat melipat baju2 kamu, ayah tetap bangun balik untuk urutkan.

Minggu lepas, ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley (11-13 May 2012). ibu and ayah pergi ke expo tu utk cari beberapa barang keperluan untuk ibu selepas melahirkan kamu nanti.

Sabun pencuci baju2, selimut, towel kamu nanti.. mungkin masa raya nanti ibu akan mulakan aktiviti mencuci barang2 kamu.
Mitten & booties.. ibu rasa you stil need a few sets of mitten & booties.
Nursing cover and Bunjut Mandian Herba. this one for ibu=)
Bengkung. also for ibu during confinement.

this is the first time we went for baby expo. such a great experience for both of us.

Friday, May 11, 2012

BSP & check up

0 comments
Assalamualaikum little caliph,

Semalam ibu check BSP.. reading tak cantik sebab ada 1 yang ditulis dengan pen merah bermaksud melebihi bacaan maximum yang dibenarkan iaitu 6.7mmol/L sedangkan reading menunjukkan paras gula dalam darah ibu is 7.3mmol/L.

ok, let's review all the reading for yesterday (Khamis, 10 Mei 2012)..

8am

Ibu puasa start from the night before (10pm) - 5.2mmol/L
Ibu was so hungry that time so ibu bought 2 curry puffs at Medan Selera Tanglin. sampai office, ibu makan karipap tu dan minum air soya.

10am

ibu rasa akibat makan makanan manis pagi tu, maka reading ibu melonjak naik 7.3mmol/L. Sorry sayang.. eventho ibu tahu yg karipap dan soya bean tu adalah tak digalakkan dlm diet ibu sebab manis, tapi tekak ibu betul2 teringinkan 2 makanan tu..=(

2pm

this time, ibu betul2 dah risau sgt. so ibu tak pergi lunch dulu. ibu just alas perut dengan segelas susu anmum dan sepotong kek. after that ibu pergi round park sekejap. alhamdulillah, reading jadi 4.9mmol/L. lepas check, baru ibu pergi lunch makan nasi goreng ayam dengan senang hati=) dalam pukul 5 ptg, ibu makan lagi donut Krispy Kreme yang sememangnya manis. tapi ibu makan sikit je.. buat melepaskan rasa teringin tu..

8pm

Actually ibu had farewell dinner with my colleagues. Ayah cuti semalam sebab ayah baru je balik dari outstation dan sampai rumah lewat malam Rabu. Normally for last BSP reading, ibu akan ke pharmacy dekat rumah kita je. tapi sebab semalam ibu dari office terus ke Damansara untuk farewell dinner tu, jadi ibu singgah ke klinik kepunyaan suami kepada bos ibu. ibu ambik BSP reading di klinik tu je.. alhamdulillah, 4.9mmol/L.

Hari ini (Jumaat, 11 Mei 2012)

ibu jumpa doktor. as usual, kita dapat giliran pertama lagi=) biasalah bila ada reading merah, terpaksalah ibu repeat lagi BSP next week. doktor ada tanya pasal hospital mana ibu nak deliver kamu nanti. honestly, ibu dan ayah mmg dah choose Ampang Puteri but we haven't register yet.. planning next month baru pergi register. so, ibu just bagitau doktor yg kami belum pasti lagi between Hospital Ampang or Ampang Puteri. doktor kata since ibu ada GDM, ibu need to decide earlier sbb nanti senang klinik nak hantar any reference pasal kesihatan ibu kat hospital nanti.


oh ya, berat badan ibu naik 1 kg untuk 1 bulan menghampiri berat badan ibu sebelum pregnant. sekrang berat ibu 56.7kg. berat before pregnant 57kg. Hb ibu naik sikit berbanding last month. last month masa check up, Hb ibu mmg kat border line, 11.0. hari ni, alhamdulillah dah jadi 11.5. setakat ni Hb tak pernah lagi dibawah 11.0. moga2 berkekalan lah begitu..

Next week (Khamis, 17 Mei 2012) ibu kene buat BSP. ibu request kat ayah yg ibu nak beli glukometer. senang ibu boleh buat BSP sendiri.. tak perlu ulang alik klinik 3 kali sehari & 1 kali di pharmacy. Jumaat, 18 Mei 2012 pulak, ibu kene jumpa doktor untuk scan kamu.. harap semuanya normal.

so sayang, tolong ibu.. kita sama2 diet.. awak jgnlah selalu bagi ibu craving makanan manis-manis ye.. ini semua untuk kebaikkan kita bersama. see you on next friday=)

oh ya, start hari ni sampai Ahad ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley. ibu and ayah planning kat pergi esok. ada beberapa barang ibu nak tengok/beli=)


Tuesday, May 8, 2012

Dari nenek

0 comments
08052012


Assalamualaikum Little Caliph,

Ayah takde dengan kita sampai esok. ayah g outstation lagi. malam tadi after dinner ayah bertolak. InsyaAllah, esok kita jumpa ayah eh..

nenek hadiahkan beberapa pasang baju untuk kamu=) nenek kata semua baju ni untuk kamu pakai masa masih dalam pantang sebab material baju ni dari jenis kain yang lembut dan sejuk.


Baju lubang2.. ibu ada jugak niat nak beli baju lubang2 ni.. tapi ibu tak jumpa material yang best. yg ibu jumpa macam jenis kain getah je..

baju ni paling best! lembut je.. antara dalam list baju utk dibawa ke hospital nanti..

baju ni pulak seluar dia pendek. nenek tak perasan masa pilih. nenek ingat seluar panjang..

Tuala mandi kamu=)

Ibu ada tanya nenek pasal bath tub. ibu nak beli bath tub. tapi nenek kata tak perlu. nenek dah pro mandikan baby tanpa bath tub=)

Khamis nanti kita kene buat BSP lagi. setiap bulan kita kene buat BSP sekali sbb kita berjaya maintain good reading=) Alhamdulillah. so, friday kita ada date dengan doktor pulak.. moga semuanya ok..

Monday, May 7, 2012

Susu kambing segar

0 comments
Assalamualaikum little caliph






uncle bobo belikan ibu susu kambing fresh ni. selama ni ibu minum susu kambing hi goat yg selalu ibu beli dari nenek. hehehe.. nenek siap jadi member lg. ada kawan yg selalu g class agama dgn nenek yg jd dealer susu kambing hi goat tu.

susu kambing ni antara mknan sunnah nabi kita dan merupakan susu terbaik selepas susu ibu. insyaAllah, kebaikkan susu kambing ni juga utk elakkan jaundice.. xpe, kita minum je ye syg.. kita lakukan yg terbaik dan sedaya kita. selebihnya kita serahkan pada Allah..

Rasa susu kambing Nubian ni xjauh beza sangat dengan susu kambing Hi-Goat kecuali lebih sedikit rasa hanyir kambing.. nama pun susu kambing kan.. alhamdulillah, ibu xde masalah nak minum susu kambing Nubian ni.. sekali minum dah habis 200ml=)


Friday, May 4, 2012

dari generasi ke generasi

0 comments

Assalamualaikum little caliph


seminggu takde cerita untuk kamu. ibu and ayah was super busy these few weeks. busy dengan preparation kamu=)


oh, by the way, nenek bagi ibu baju-baju ni semalam utk diberikan pada kamu nanti.

haa.. nilah baju ibu masa kecil dulu. nenek beli. xsangka masih elok lagi dah setelah 28 tahun, nenek turunkan baju ni pada cucu dia pulak.

ni pulak nenek beli masa Uncle Bobo masih baby. masih elok sampai sekarang.

Baju ni pulak, ibu xpasti nenek beli masa bila. yang pasti, ketiga-tiga baju ni telah jadi baju turun temurun kami adik beradik dan sekarang tiba masa untuk generasi yang seterusnya. baju2 ni banyak meninggalkan nostalgia dan sentimental values tau! nanti ibu akan try cari gambar2 masa kami mengayakan baju2 ni dulu=)

ini saja ibu nak bagitahu kamu dulu. owh, barang kamu semakin banyak yang ibu & ayah dah belikan. nanti ibu ceritakan lagi ya. alhamdulillah, koleksi baju utk kamu dah mencukupi setakat ni. tapi tak tahu lah kan kalau time ibu jalan2 ternampak baju comel terus beli lagi ke..hehehe.. tapi ibu focus more on baju untuk baby umur 6-12 bulan ke atas sbb baju2 untuk infant dah cukup. nanti kamu makin besar, ada dah baju utk dipakai, kan?

Sampai disini dulu... love you..

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards