Powered by Blogger.

Monday, February 27, 2012

jatuh cinta pandang pertama

0 comments
Assalamualaikum little caliph,

Semalam, 26.2.12 ibu & ayah ke klinik Idzham Tmn Kosas utk scan dan melihat kamu didalam rahim ibu. SubhanAllah.. kami berdua jatuh cinta pandang pertama melihat kamu.. kamu sungguh aktif melompat2 dalam rahim ibu. doktor sendiri pun kata kamu aktif. semoga kamu terus sihat & membesar dengan sempurna sayang..

Singleton bermaksud ibu mengandungkan kamu seorang. bukan kandungan kembar.

mengikut kiraan kalender, kamu sepatutnya berusia 11 minggu 1 hari semalam. tapi lepas scan, doktor ukur size kamu,usia kamu lebih 4 hari dari kiraaan iaitu 11 minggu 5 hari. so, EDD (Estimated Due Date) kamu berubah dari 15 September 2012 ke 11 September 2012.

Ayah juga dah belikan ibu Neurogain PB. cuma ibu belum start makan lagi. setakat ni masih lagi mengambil Obimin dan Folic Acid saja.

esok ayah akan temankan ibu ke KIA untuk MGTT. MGTT ni ialah test untuk mengesan kehadiran Gestational Diabetis Melitus (GDM) atau dalam bahasa mudahnya kencing manis. MGTT pulak biasa orang kenal sbgai minum air gula.

ibu kene minum air gula ni sbb dlm sejarah keluarga, ada kencing manis. tok abah kamu ada penyakit ni, jadi ibu perlu jalani ujian ni lebih awal sbb risiko tu lebih tinggi. malam ni ibu kene puasa start dari pukul 10 malam sampailah ujian tu dilakukan pagi esok. ibu harap kamu dapat cooperate dengan ibu & behave utk tidak muntah. please ye sayang.. kalau muntah, ibu kene ulang test lagi..

Sunday, February 12, 2012

buku pink

0 comments
Assalamualaikum little caliph..


11.2.12
sebulan yang lalu ibu & ayah tahu kewujudan kamu. alhamdulillah.. kita masih diberi peluang untuk bersama.
kamu sekarang sudah 9 minggu & sebesar sebiji zaitun.
=)


8 Februari 2012

1st time ibu buat check-up di Klinik Ibu & Anak Tanglin. Awal pagi ibu dah keluar rumah. Ayah tak dapat temankan kita sebab ayah ada meeting penting hari tu yang menyebabkan cuti ayah terpaksa dibatalkan. Jadi ibu memandu sendirian.

Ini antara sebab kenapa ibu memilih KIA Tanglin berbanding KIA Kg. Pandan yang ternyata lebih dekat dengan rumah kita sekarang. Ibu lebih selesa dengan kawasan di sekitar Tanglin sebab parking yang disediakan luas & berhampiran dengan medan selera yang selalu ibu & officemate ibu makan tengahari pada hari Sabtu.

Ibu sudah bersedia jika ayah tidak dapat temankan kita pada hari-hari temujanji ibu dengan KIA tersebut. Ayah kamu selalu kene bertugas diluar kawasan untuk check ladang, bagi talk atau menghadiri seminar. KIA Tanglin yang menyediakan kemudahan parking ni berbanding KIA Kg. Pandan yang agak memudahkan untuk ibu memandu sendirian dan kita tak perlulah terlalu bergantung pada bantuan atuk untuk bawa kita bila ada appointment. Secara tak langsung sebenarnya ibu nak didik kamu supaya lebih berdikari dan cuba sedaya upaya yg boleh dulu sebelum mengharapkan bantuan orang lain.

Awal pagi ibu sampai & Alhamdulillah ibu dapat nombor giliran yang pertama. Nurse suruh ibu ambil urine sebelum masuk bertemu nurse utk sesi seterusnya. Lepas tunggu lebih kurang setengah jam, baru ibu dapat berjumpa dengan nurse.

Nurse ni muda. Sebaya dengan maklang kamu. Malahan uniform maklang pun sama dengan uniform nurse tu. Mula2 ibu diukur tinggi dan ditimbang berat badan. Kemudian nurse tanya beberapa soalan mengenai kesihatan keluarga. Blood pressure ibu juga diambil.

Sedikit darah diambil dari jari telunjuk kanan ibu utk tujuan HIV test dan Hemoglobin (Hb) test. HIV test ni hanyalah utk mengesahkan bahwa kita bebas dari virus HIV yg kadang2 kita sendiri tak tahu kita telah dijangkiti secara tidak sengaja seperti pemindahan darah semada operation atau kemalangan2 kecil yg melibatkan percampuran darah pembawa HIV yang kita tak perasan.

Hb Test pulak adalah untuk memastikan kandungan sel darah merah (hemoglobin) dalam darah ibu mencukupi. Sbb sel darah merah inilah yang membawa oksigen untuk dibekalkan kepada kamu. Bacaan yang ditetapkan untuk ibu mengandung mestilah melebihi 11. Kekurangan hemoglobin boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Nauzulbillah..

Nurse juga melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan samada terdapat ketulan pada payudara yang biasanya berkait dengan kanser. Keadaan perut dan kaki juga diperiksa untuk memastikan tiada urat2 kaki yang timbul.

Ibu dikehendaki ke bahagian makmal untuk ambil darah bagi melakukan beberapa ujian lain yang ibu sendiri tak pasti. Yang ibu tahu antaranya ialah untuk memastikan kumpulan darah ibu jenis apa. Masa dimakmal ini sekali lagi kena ambil nombor giliran & mmg ramai orang menunggu dimakmal ni. nurse tu ambil darah ibu lebih kurang 10ml. ibu tak perlu tunggu untuk tahu result ujian-ujian tersebut.

Jadi ibu terus ke klinik gigi pula untuk pemeriksaan gigi. Kat sini ibu buat scaling.

Kemudian ibu kembali ke KIA & berjumpa dengan nurse yang mula2 ibu jumpa. Nurse menyerahkan buku berwarna pink pada ibu. Buku ini nanti akan merekodkan segala perkembangan kita sepanjang tempoh ibu mengandungkan kamu.

28hb ni kita kene datang lagi untuk ujian kencing manis sebab atuk ada kencing manis jadi risiko tu ada pada ibu terutama bila mengandung ni. ibu harap kamu bekerjasama supaya jangan bagi ibu muntah & terpaksa ulang minum air gula tu nanti.

5 March  2012 nanti baru appointment kita dengan doctor.

Summary terhadap kesihatan ibu masa check up di KIA ni:

Berat : 56.1kg (turun hampir 1kg sebab ibu dah start vomit- morning sickness yg buat ibu hilang selera makan)

Blood Pressure : 88/59 (too low yg menyebabkan ibu selalu pening)
Hb level : 12.8 ( Alhamdulillah, harap dapat maintain lebih dari 11)
HIV test : Negative

Starting from the day ibu dapat tahu positive pregnant, ibu consumed obimin & folic acid every morning before breakfast. And susu Annum yang dikurangkan sukatannya sebab ibu takut kene GDM.
 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards