Powered by Blogger.

Wednesday, April 25, 2012

3rd scan & gender

1 comments
Assalamualaikum Little Caliph..

Sorry for the long silence. eh, tapi kamu dengar kan hari2 ayah & ibu borak2 dengan kamu?

Alhamdulillah, kamu dah pun berusia 20 minggu 1 hari. half way to go sayang.. InsyaAllah, another 20 weeks sebelum kamu dilahirkan ke dunia yang penuh warna-warni ni.

a few weeks ago, ibu dah mula rasa pergerakan kamu di dalam rahim ibu. mula2 ibu xtahu pun sebenarnya rasa geli2 kat perut ni rupanya pergerakkan kamu. sampai bila doktor tanya dah rasa gerak2 tak, ibu jawab, saya pun xtahu.. bila doktor explain, barulah ibu tahu selama ni yg ibu rasa tulah pergerakkan kamu sebenarnya=) almaklumlah, xde pengalaman..

koleksi baju kamu semakin bertambah. ibu ingat nak lengkapkan baju kamu dengan memborong di Pureen Sales minggu lalu.. tapi bila fikir2 balik, macam xlarat pulak nak berpusu2. xpelah, ibu & ayah belikan kat mana2 kedai baby yg kami pergi je nanti.

Khamis minggu lepas, 19042012, ibu & ayah sengaja ambik cuti. kami ke Klinik Melati Utama. klinik ni aunt anum yg suggest sbb klinik tu makcik dia yg punya merangkap doktor disitu. ayah bila dengar je doktor perempuan muslim bertudung, laju je diberi kebenaran utk scan. actually, kami tak sabar nak tahu gender kamu.. 

ibu & Ayah dah setuju utk rahsiakan dulu jantina kamu sehingga kau dilahirkan nanti=)

Alhamdulillah, hasil scan, doktor kata semuanya nampak normal. air ketuban pun normal. tak terlalu banyak. doktor kata sbb ibu kawal GDM ibu and kene teruskan kawalan mcm ni sbb kalau air ketuban banyak, akan beri banyak effect pada kamu. berat dan tumbesaran kamu juga normal. ibu risau kamu menjadi bayi yg besar sbb ibu yg ada GDM ada kecenderungan bayi besar & tak boleh dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah, doktor kata setakat ini tumbesaran kamu sejajar dengan usia kamu & InsyaAllah, ibu boleh melahirkan kamu secara normal.

love you..

Monday, April 16, 2012

3rd BSP & 4th BSP

0 comments
Assalamualaikum little caliph..

Since reading 2nd BSP hari tu ok, so doktor pakar bagi gap sebulan sebelum next BSP. So, 6.4.12 lepas, ibu kene buat 3rd BSP. dan ini keputusannya,

8 pagi : 4.9mmol/L
10 pagi : 4.7mmol/L
3 ptg : 9.9mmol/L
8 malam : 5.7mmol//L

Masa ni hari Jumaat. tengahari tu ibu had lunch dengan ayah sebelum ayah ke Masjid Negara untuk solat Jumaat. masa lunch dengan ayah, ibu makan nasi campur dan diakhiri dengan buah mangga yang manis.. tambah pulak ibu order teh o ais.. ermm.. memang sedaplahkan sampai reading BSP utk pukul 3 tu jadi tinggi. terkejut ibu. tak pernah BSP reading setinggi tu.. even masa minum air gula dulu pun baru 8.8mmol/L.

Isnin depan tu, ibu kene jumpa doktor. kali ini Dr. Rosanna.. Indian doktor. sepatutnya doktor pakar dah bagi tarikh scan pada 16.4.12. tapi Dr. Rossana buat scan pada hari tu jugak, so ibu tak perlu lagi ke KIA untuk scan pada 16.4.12.

Dr. Rosanna agak terkejut tgk BSP tinggi tu.. terus dia tanya ibu makan apa sebelum tu.. jujurlah jawab makan nasi & manggo. Dr. Rosanna suruh ulang BSP pada hari Khamis sbb katanya kalau reading tinggi, tiap2 minggu kene monitor. dia setkan 4th BSP pada Khamis, 12.4.12.

Alhamdulillah, result 4th BSP ok. resultnya,

8 pagi : 4.3mmol/L
10 pagi : 5.5mmol/L
2 tghari: 5.3mmol/L
8 malam : 3.4mmol/L

Esoknya tu ada appointment dengan doktor. kembali jumpa Dr. Rohani. Dr. Rohani sangat ceria hari tu.. tak seperti kali pertama ibu jumpa dia dulu.. banyak info & banyak jugak soalan ibu tanya. maklumlah bila tgk mood doktor ok, semua yg ibu baca dari internet pasal pregnancy, semua ibu tanya Dr. Rohani.. just nak double confirmed maklumat yg ibu baca betul atau tak je.

guess what? Dr. Rohani pun pregnant! 14weeks! and she just 29years old.. lebih kurang je umur kami..so ibu assumed masa 1st time kami jumpa yg dia xbyk cakap tu, maybe dia tgh morning sickness kot.. ibu kamu ni pulak suka benar nak ambil nombor giliran yg pertama. pagi2 dah terpacak dpn pintu KIA.

just Dr. Rohani agak terkejut dengan reading pukul 8 malam tu.. sbb katanya rendah sangat. dia tanya ibu ada pening2 or berpeluh2 tak. ibu kata takde pun. kemudian dia tanya pula apa yg ibu makan sebelum tu.. ibu just kata last meal ibu pukul 5 ptg. ibu makan spagetti olio aglio dengan ceaser salad. kebetulan masa tu restoran ada buat food testing, mcm biasalah, ibu kamu ni selalu dijemput jadi juri utk food testing=)

Dr. Rohani just kata "ok, good! puan dah pandai control diet. dah tahu what to eat more & what to be avoid"

=)

so, Dr. Rohani bagi gap sebulan utk next BSP iaitu 10.5.12 & appointment with the doctor will be on the next day, 11.5.12.

nanti ibu cerita lagi ya..

Friday, April 13, 2012

onebabyworld

2 comments
assalamualaikum little caliph,


hari ni public holiday sbb pertabalan agung. so ibu & ayah ambil peluang ni pergi beli barang2 kamu.ibu ajak nenek utk bg tunjuk ajar barang ape patut beli n berapa byk perlu bli. yes, ibu tau byk list2 keperluan baby yg boleh ibu google utk jadi panduan. but still rasa lg best if dpt advice dr org yg lebih pengalaman kan?

kami went to onebabyworld at taman permata. 1st time we went there. these are the stuff that we had bought for you=)seriously ibu n ayah belum tahu your gender. so kami pilih mana yg kami rs cantik=)


nenek kata banyak soft color. ye ke? xpe, next time kita cari bright color ye..=)




Hooded baby towel yang ibu & ayah belikan=)


yg color hijau tu ayah yg suka n pilih. yg pink bunga2 ala2 corak english style tu, biasalah, ibu yg pilih=)


nenek kata ni perlu utk dibawa ke hospital utk nurse pakai lps bersihkan kamu setelah dilahirkan. juga berguna sebagai tuala utk balut kamu selepas mandi n berguna utk lindungi kamu ketika keluar berjalan2 sbb boleh bertindak sebagai selimut n tutup kepala sekaligus.

mittens=) akan tambah lagi koleksi. mungkin 5 pasang.


socks.. instead of booties, ibu beli socks sbb booties ni biasanya senang tercabut sbb longgar sikit berbanding socks.




rompers.. ibu mmg paling suka tgk baby2 pakai rompers.. nampak comel sangat..
tapi nenek kata kalau nak pakaikan rompers elok bila dah 4 bulan ke atas sbb bdn baby dah tegap & senang nak pakaikan.. masa kecil lagi, elok pakaikan baju yg berbutang depan.. utk rompers ni kami ambik saiz 6-12 months.


Mattress protector.. ni sebagai alas untuk 'dandan'kan kamu lepas mandi.. takdelah tilam basah2kan? ibu pilih corak safari.. ada elephant, giraffe, zebra=)


bibs.. nenek kata xperlu beli awal2 sbb xpakai sangat.. lainlah bila kamu dah besar sikit, dah start makan solid food or dlm proses nak tumbuh gigi, barulah ada kegunaan benda ni sbb nak halang dari baju kamu jadi kotor..


Blanket.. nenek kata, selain dijadikan blanket, boleh jugak dijadikan kain bedung..


ada 1 lagi barang yg kami beli. handkerchief.. 1 pack ada 8 helai.. bolehlah buat lap2 mulut kamu lepas menyusu nanti..


itu saja yang kami beli di OneBabyWorld. did i tell you that your nenek nak jahitkan sendiri barut untuk kamu? nenek juga nak buatkan set tempat tidur kamu. buat masa sekarang ibu & ayah tak plan nak beli baby cot.. we have something else utk ganti the baby cot. dulu maklang, aunty shue dgn paksu kamu pun xpakai baby cot.. pakai bakul rotan.. yes, bakul baby daripada rotan. bakul tu still ada lagi nenek simpan. but nenek and tok abah tgh survey utk tempah bakul rotan baru untuk kamu..


nanti ada apape, ibu ceritakan lagi ya.. love you=) 


110412

Monday, April 9, 2012

1st buku about pregnancy

1 comments
Assalamualaikum little caliph,


When ibu & ayah announced that we're pregnant, your nenek gave me this book.






your nenek just too cute sbb semangat pergi beli buku ni beberapa bulan before ibu pregnant. hehehe..


ayah pulak belikan ibu buku ini..




sebenarnya, ibu tahu pasal buku ni melalui nenek. nenek selalu sebut2 nak beli buku Ustaz Sharhaan pasal ibu mengandung & nama-nama baby. tapi masa tu ibu xambil peduli sangat sebab ibu belum pregnant pun lagi. bahan pembacaan ibu lebih focus kepada ilmu-ilmu mengenai kesuburan. nenek tahu pasal buku ni dari rancangan tv Tanyalah Ustaz. dekat kelas2 agama yang nenek hadiri pun, ada jugak ustaz2 yang sebut pasal buku ni.

sehinggalah ibu ternampak buku ni kat sebuah kedai buku. ibu kata pada ayah "rasa-rasanya ni lah kot buku Ustaz Sharhaan yang ibu (nenek kamu) selalu sebut-sebut tu". ayah terus belikan ibu buku tu.

Bagi ibu buku ni sangat useful and informative. iyelah, selama ni ibu selalu jumpa buku2 tulisan mat salleh pasal pregnancy. mestilah segala tips & amalan mengikut cara hidup mereka atau lebih moden. tapi buku2 macam ni, kita dapat tips dari ustaz2 yang berpengetahuan dan secara tak langsung boleh dapat tips/amalan2   yang agama kita dah ajar.

ada lagi 1 buku yang ada tulis pasal pregnancy walaupun 1 chapter je. buku tu bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat dari Ustaz Ismail Kamus. buku ni dah lama ibu & ayah beli sejak kami baru kawin dulu. sbb buku ni kami rasa mmg perlu ada disetiap buah rumah sbb semua panduan2 asas kehidupan Islam dari sejak bayi dalam kandungan hinggalah ke alam kubur ada dalamnya.. ibu lupa nak snap gambar buku tu..

nanti bila kamu dah pandai baca, bolehlah kamu baca buku2 ni utk tambahkan ilmu. ibu & ayah mmg dah rancang nak buat mini library kat rumah kita nanti. InsyaAllah..

Sambungan The Hidden Journey tengah ibu siapkan, sabar ya=)

09042012

Monday, April 2, 2012

1st baju little caliph

3 comments
Assalamualaikum little caliph,


finally ibu & ayah bought 1st baju for you. 31 March 2012. hehehe, siap tulis tarikh beli lagi. actually we just jalan2 kat jusco when we saw this cute pyjamas from Anakku. kami belum tahu lagi jantina kamu samada boy or girl but definitely fall in love with this blue color pyjamas. ayah cakap, xpelah if baby girl pun, ape slh pakai blue color,kan?




baju ni saiz 0-3 months. hope you will like it. tapi nenek cakap baju ni macam kecik. so maybe kamu boleh pakai sekejap je sbb baby cepat membesar. price untuk baju & seluar adalah harga lain2. selama ni ibu ingat just 1 harga untuk sepasang baju baby, rupanya x. hahaha.. harga baju & seluar lebih kurang RM40+ setiap helai, so Rm 80+ untuk sepasang. patutnya kawan2 ibu selalu kata, bukan murah nak bela seorang anak. tapi, Allah dah janji, setiap anak akan membawa bersamanya rezeki=)






Baju ni pula, ibu & ayah rasa sangat sesuai utk dijadikan baju jalan2=) siza 0-6months. yang ini ibu just beli baju je. xpe, nanti kita cari seluar yang boleh match dengan baju ni ye=)

Ini sajalah cerita pasal baju pertama kamu yang ibu & ayah belikan. next time, ibu ceritakan pasal 1st vitamin & 1st buku untuk kamu yang kami belikan. till then=)

02042012 


 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards