Powered by Blogger.

Saturday, June 30, 2012

1st check up di Columbia Asia Hospital

0 comments
Assalamualaikum Little Caliph..

15 June 2012

Hari ni ibu & ayah ke Columbia Asia Hospital. InsyaAllah, kamu akan dilahirkan disini nanti. hospital ni, ayah yang pilih. ibu ikutkan je sbb kos ayah yang bayar.. hehehe..

mula-mula ibu cari sedikit info kat website hospital. plan asal nak ke cawangan baru hospital di Setapak. tapi tak ade doktor muslimah disitu. jadi ibu terus call hospital cawangan Cheras. ada Dr. Norshida disitu. terus ibu buat appointment untuk 3D/4D scan. bila ibu tanya pasal nak register untuk bersalin sekali, mereka suruh ibu tanya dengan doktor terus masa scan nanti.

ibu dan ayah ambik cuti 1 hari. appointment pukul 3.30 petang. pagi tu ibu dan ayah pergi renew lesen kereta, makan nasi bryani dan pergi urut kaki di Manjakaki. ayah seorang je yang urut. ibu temankan je.. lepas solat Jumaat, kami terus ke hospital.

urusan disini sangat mudah & cepat. xperlu tunggu lama. hospital pun tak crowded macam sesetengah hospital swasta. lepas diambil urine dan ditimbang berat, ibu & ayah masuk ke bilik doktor untuk scan. teruja betul kami terutama bila kamu berikan senyuman manis=)

kami dapat lihat dengan jelas gender kamu. doktor ada tanya banyak beli barang baby color pink ke blue.. ibu hanya jawab ibu banyak beli warna2 neutral saja..hehe.. Alhamdulillah, ibu dapat register untuk bersalin disini nanti dengan Dr. Norshida. InsyaAllah.. Dr. Nurshida akan menunaikan umrah selama 2 minggu & balik ke Malaysia pada 29 Ogos 2012. masa tu pulak usia kamu ngam2 38 minggu dan cukup matang sekiranya dilahirkan 2 minggu lebih awal dari EDD.

masa perjalanan balik, ayah xhenti2 menatap gambar hasil 3D/4D scan kamu.. hehehe.. setiap kali lampu isyarat merah, mesti mintak ibu gambar kamu.. sampai rumah, ibu terus ke rumah nenek dulu untuk sharekan gambar & berita gembira tu pada semua. walaupun Tok Abah tak katakan secara langsung, tapi ibu tahu Tok Abah sangat happy sebab Tok Abah dapat teka gender kamu dengan betul. petang tu juga ada fogging dikawasan rumah. ada kes denggi. jadi ibu & ayah bersiar2 menaiki kereta sebab ibu xtahan dengan bau ubat fogging.

esoknya, ayah pulak tunjukkan gambar kamu pada Atuk di kampung. ayah balik ke kampung sebab nak bincang dan serahkan duit untuk kenduri kita di kampung nanti pada 23 June 2012. masa tu kamu dah 7 bulan. nanti ibu ceritakan pasal majlis tu ye.

oh ya, berat kamu masa di scan adalah sebanyak 1006g.. hehehe.. comel je.. berat ibu pulak 58.8kg. mula2 doktor agak terkejut sebab berat sebelum ibu mengandung adalah 57kg. doktor ingat berat ibu hanya naik 2kg saja sepanjang 27minggu pregnant. tapi bila ibu terangkan berat ibu turun 3kg masa 1st trimester, baru doktor kata ok sebab sebenarnya berat ibu dah naik 5kg.

ok, sayang.. nanti ibu ceritakan lagi ya.. ibu agak sibuk akhir-akhir ini.. ada banyak perkara yg ibu ingin coretkan untuk kamu.

Wednesday, June 27, 2012

last check up di KIA Tanglin

0 comments
Assalamualaikum Little Caliph..

Hari ni check-up ibu yang terakhir di KIA Tanglin. ibu bagitau nurse yang ibu dah register untuk bersalin di Columbia Asia Hospital. appointment dengan hospital adalah setiap 2 minggu. sama macam appointment dengan KIA sebab usia kamu sekarang dah 27 minggu nak masuk ke 28 minggu (3rd trimester!)

so, nurse pun suggest ibu continue check-up di hospital since dapat check dengan doktor instead of checking  with midwife.. lagipun xlah penat sgt nak pergi sampai 2 appointment check perkara yang sama. jadi nurse tu completekan semua details dalam pink book ibu.




nanti lepas kamu lahir, ibu hanya perlu call klinik untuk inform yg ibu dah bersalin. selain tu, ibu perlu call KIA Kg. Pandan since ibu akan berpantang di area sana. nurse kata ini untuk mudahkan nurse datang rumah masa ibu berpantang nanti..

19.6.2012

Saturday, June 16, 2012

3D/4D scan

1 comments
Assalamualaikum Little Caliph..



anak ibu & ayah ni.. malu-malu ye.. fikir ape sayang? tangan xmo alih2 asyik pegang kepala je..

Semalam ibu dan ayah dah ke hospital untuk register sbb nak melahirkan kamu di hospital tu.. hospital pilihan ibu dan ayah ialah Columbia Asia Hospital, Cheras. agak jauh sikit hospital ni from Ampang Puteri. Initially, ibu plan nak deliver kamu at Ampang Puteri.. tapi selepas ditimbang tara beberapa perkara, kami sepakat utk ke Columbia Asia Cheras. mula-mula ibu ingat mahu yang lebih dekat di Setapak. tapi xde doktor muslimah disitu.. jadi ibu terus ke Cheras dan booking Dr. Norshida.

sepanjang perjalanan balik, ayah xhenti2 tengok gambar kamu ni.. excited betul ayah dapat tgk anak dia ni.. Thank you sebab posing siap senyum lagi kat ibu and ayah=) Dr. Norshida pun kata, jarang2 nak capture gambar baby senyum ni..

tak sabarnya nak jumpa kamu! moga semuanya baik-baik saja ye sayang..

=)

16.6.12

Thursday, June 7, 2012

little bunny in the house

0 comments
Assalamualaikum little caliph,


last month, ibu ada order box untuk simpan baju2 kamu sekurang2nya sehingga kamu berusia 6 bulan sebelum ibu and ayah belikan almari pakaian utk kamu. ibu order secara online.. mula2 plan nak beli di Ikea saja tapi kebetulan ternampak promotion di Everyday.com (website yg menawarkan pelbagai diskaun). jadi ibu order je terus.


sementara tunggu order sampai, secara tak sengaja ibu terjumpa box yg sama masa jalan2 di Jusco (sekarang Aeon) dengan ayah. harganya RM25.90 utk 1 box sedangkan ibu beli online dengan harga RM 30.00 untuk 2 boxes.. rezeki kamu..=)




Ok, ibu dah siap kemas baju kamu masuk dalam box ni.. tapi belum basuh lagi. hehehe.. tunggu dah nak dekat2 bersalin baru basuh ye. Love you, sayang..

Ayah outstation lagi dari Selasa sampai Jumaat. Ibu pulak dah 2 hari demam=( sorry ye,ibu banyak batuk2.. kesian kamu kat dalam.. Setiap kali ibu batuk, mesti ibu akan usap perut ibu sambil berselawat dan berdoa kamu sihat-sihat saja didalam.


07062012
 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards