Powered by Blogger.

Wednesday, January 25, 2012

pregnancy jeans, coffee, rezeki anak & nasi air!

0 comments
Assalammualaikum little caliph,

Minggu ni masuk minggu ke 6 ibu mengandungkan kamu mengikut perkiraan doctor. Ahad lepas ibu & ayah pergi membeli jeans untuk pregnant women since dari 10 helai jeans yg ibu ada, hanya 1 je yang masih muat!

Perut ibu belumlah besar mana. Tapi bahagian pinggul sudah mulai mengembang. Nenek kata masa nenek pregnantkan Uncle Bobo kamu, perut nenek tak besar. Cuma melebar.

Akhir-akhir ni, selera makan ibu semakin berkurang. Tiap kali sampai masa utk makan, ibu tak tahu nak makan apa. Semuanya pun nampak tak menyelerakan. Lunch semalam ibu ke Papa Rich. Ibu hanya memesan roti naan bersama kuah kari & segelas white coffee ice.

Ibu rasa, ibu tak boleh minum any coffee lagi walaupun coffee adalah kegemaran ibu. Ibu sembelit. It’s normal for pregnant women. But kalau boleh dielakkan, lebih baik elakkan.

Sepatutnya petang ni ayah harus bertolak ke Kuantan & bermalam disana sebab esok pagi-pagi ayah perlu ada disana sebelum jam 8 pagi. Tapi tadi ayah sms ibu & bagitahu ayah akan bertolak jam 4 pagi esok. Alasannya, ayah nak teman kita tidur malam ni=) see sayang, ayah love you so much. We love you so much!

Pagi tadi ayah sms ibu.

“Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki naik gaji. Br check tadi naik 6%.. rezeki anak kita sayang.. Alhamdulillah”

Ibu baca berkali-kali sms tu. Alhamdulillah! Tapi ibu bukan baca berkali-kali sms tu disebabkan gaji yang naik 6% tu, tapi disebabkan ibu rasa gembira sangat baca perkataan ‘rezeki anak kita sayang’. The greatest feeling ibu ever had! You’re in my womb! Suddenly ibu rasa sangat xsabar nak jumpa kamu September ni!

Oh sayang, ibu kamu craving for nasi air!

Sunday, January 22, 2012

rumah kita

0 comments
Assalamualaikum little caliph.

Ibu & ayah dah bincang yang kita akan berpindah masuk ke rumah baru bulan depan. rumah sekrang yg kita duduk ni rumah sewa. Alhamdulillah, sebelum mengandungkan kamu, ibu & ayah telah diberikan rezeki utk membeli rumah kita sendiri. ibu pasti kamu akan suka rumah baru kita nanti=)

memandangkan doktor nasihatkan ibu supaya jgn banyak berjalan/ berdiri, jadi kerja2 membersihkan rumah terpaksa dilakukan oleh ayah. mungkin akan ada bantuan lain tapi belum pasti. kerja2 dekorasi pula nampaknya terpaksalah ditangguhkan atas sebab kesihatan ibu.

sbnrnya ibu ingin sangat keluar bershopping tapi dilarang oleh doktor & bila ayah dengar, ayah pun xbagi ibu bershopping. even waktu nak beli barang dapur pun, ayah suruh ibu duduk kat food court, dan ayah yg masuk ke supermarket.

ibu nak pergi cari & tempah langsir utk rumah kita. nasib baik urusan perabot rumah kami dah uruskan sebelum ibu mengandung. 

takpelah.. slow-slow ye sayang.. kita hias rumah & bilik utk kamu nanti=)

Friday, January 20, 2012

Craving for pizza hut & lontong?

0 comments
Assalamualaikum little caliph.

Kamu tahu, sejak kewujudan kamu dalam rahim ibu diketahui, orang2 yang rapat disekeliling ibu semuanya memberi layanan istimewa untuk kita.

oh, sebelum tu, ibu nak bagitahu kamu yg hari ini birthday nenek. insyaAllah malam nanti nenek & tok abah akan berangkat ke Thailand untuk bercuti berdua. ayah & ibu akan hantar mereka nanti. makteh kamu yg ada kat Melaka pun akan balik bercuti seminggu esok. ibu ingat nak belanja mereka semua makan kat Istana Bambu tapi since your Tok Abah buat surprise kat nenek pergi holiday, jadi plan makan2 akan di postponed lah.

ayah kamu demam panas Isnin lepas. kesian ayah. tekak ayah sakit yg amat sangat. ibu nak hantar ayah ke Klinik tapi ayah xmahu. ayah kata dia mahu berehat dirumah & tak larat nak bangun utk ke klinik walaupun sbnrnya ibu yg akan memandu kereta.

dalam pada ayah kamu demam panas tu, ayah siap masakkan sup sayur & ayam goreng untuk dinner kita malam tu. terharu ibu bila sampai je rumah dari office tgk ayah kamu berselubung di katil tapi sempat siapkan makan malam kita. ayah kata dia xmahu ibu banyak berdiri & buat kerja2 rumah. ayah tak mahu kita berdua lapar. Alhamdulillah, ayah kamu beransur sihat keesokkan harinya. tapi sampai hari ini ayah mengadu tekak ayah terasa 'pahit'. apa yg ayah makan semua rasa pahit menyebabkan ayah xlalu makan.

semalam, pagi2 lagi ayah kamu dah tunjuk kat ibu brochure Pizza Hut. ayah suruh ibu pilih flavour ape yg ibu nak sbb ayah nak beli utk dinner nanti. petang tu ayah ada badminton. owh sayang, ayah kamu adalah seorang yg aktif bersukan. sememangnya sgt contra dengan ibu=)

sementara tunggu ayah balik dari main badminton, ibu singgah rumah nenek. macam biasa, kami bercerita itu ini.. tentang apa yg nenek belajar dari ceramah ustaz yg dihadiri, amalan2 yg dianjurkan, macamlah. sampailah nenek cerita lepas blk dari ceramah, nenek singgah ke kedai dekat dengan rumah nenek & makan lontong. wah, ibu terus teruja tapi takdelah teringin sangat. teruja sbb dah lama kedai tu ada jual lontong, ibu boleh tak tahu?

malam tu lepas ayah balik, kami menikmati 2 regular pizza. masa makan, baru ayah kamu bagitahu ibu yg sbnrnya ayah begitu teringin utk makan pizza sejak malam sebelumnya. tulah sebabnya pagi2 lagi dah terus tunjuk ibu nak makan pizza yg mana=) ibu hanya tersenyum je sebab ibu rasa ayah kamu dah terkena alahan orang mengandung. ayah mengidam pizza hut!

pagi ni, pukul 7 pagi nenek kamu dah call. nenek suruh singgah ambik lontong! nenek baru masak lontong. nenek kata sebab ibu mengidam lontong, so nenek buatkan.. hehehe.. see syg, nenek thought that we're craving for lontong. hehehe.. nenek love you so much sayang..

till next entry.. let's doakan nenek & tok abah selamat sampai ke thailand & pulang ke Malaysia..

Monday, January 16, 2012

Anugerah dari Tuhan

0 comments
Assalamualaikum little caliph..

hari ni kamu dah berusia 5 minggu 2 hari dalam rahim ibu. pagi tadi ibu dah ke KKIA Tanglin untuk register bagi mendapatkan buku pink. buku pink tu nanti akan mencatatkan segala perkembangan ibu semasa mengandungkan kamu. segala yg direkodkan itu akan digunakan sebagai rujukan untuk doktor yg akan menyambut kamu keluar ke dunia nanti.

ibu masih ingat lagi, pertama kali ibu melihat double lines yang samar pada kit UPT (Urine Pregnancy Test). masa tu ibu seorang dirumah. ayah kamu dah berada di office. serius, hati ibu tidak mahu percaya. sebab dah beberapa kali ibu buat UPT dan hasilnya adalah negatif (1 line). ibu terus ambil gambar & emailkan pada ayah.

ayah terus call ibu. dari nada suara ayah, ibu tahu perasaan dia bercampur baur mcm perasaan ibu pertama kali lihat double line yang samar tu.   ayah  ajak  ibu utk buat lagi UPT pada keesokkan hari. walaupun begitu, kami tak henti2 memanjatkan kesyukuran sekiranya benar telah sampai masa kami utk memiliki kamu.

pagi esoknya,  ibu buat sekali lagi. double lines kali ini lebih terang dari yang semalam.  ibu tunjuk pada  ayah .  ayah  sangat happy.. "mudah2an rezeki kita kali ini ye, sayang".  ibu biarkan  ayah  sementara ibu pergi solat subuh. selesai solat,  ibu lihat ayah  xhenti2 ambil gambar double lines tu.. 

ayah terus ajak  ibu ke klinik utk pengesahan. kami pun pergi ke klinik idzham dekat rumah. maklang kamu kerja disitu.. terkejut dia lihat kami ada disitu. lepas tunjukkan UPT yg double lines tu, doktor sahkan  ibu mengandung 4 minggu. byk yg doktor pesan since ibu dan doktor zahiyah tu sama2 ada retroverted uterus.

ayah sangat genbira sampaikan bila pulang dari klinik, dia masih lagi mahu lihat UPT tersebut.. berkali2..

kami berdua kembali ke office.  ibu  terus call nenek & tok abah utk bagitahu berita gembira ini. pesan  mereka, jgn hebahkan dulu kerana mengikut nasihat orang2 tua, biarkan sehingga kamu berusia 3 bulan ataupun sekarang ini lebih ramai yg panggil dengan 1st trimester.  ayah pun bagitau atuk kat kampung dan juga mak ngah ima & paklong hasrul.

sepatutnya  ayah kamu bermalam di Marriot, Putrajaya sbb ada seminar pengurus selama 3 hari. tp  ayah sanggup berulang balik ke rumah semata2 mahu menemani kita.  ayah  kamu sgt gembira sayang. sementara menunggu  ayah  pulang,  ibu kerumah nenek & tok abah. semua gembira. adik  ibu  yg kedua tu, sepatutnya jadi pakngah kamu, tapi dia nak kamu panggil dia uncle bobo! haha..

adik  ibu  yg keempat tu, sepatutnya jd makteh kamu. tapi direquest nak tukar panggilan lain. tah apalah yg dia mahu kamu panggilnya nnt. makteh kamu ni ada kat melaka. menghabiskan sem terakhir matrikulasi di sana.

macam yg  ibu  ceritakan tadi, maklang kamu kerja di klinik tempat ibu  buatkan pengesahan. jadi secara teknikalnya maklang kamu adalah orang pertama yg tahu selain  ibu  &  ayah . tapi  ibu  pesan padanya utk tidak beritahu pada nenek & tok abah.. biar  ibu  sendiri yg beritahu. 

Paksu kamu adalah orang yg paling cool sekali. dia hanya risaukan janjinya pada ibu  utk membelikan  ibu baju untuk wanita mengandung yg pernah dilihat di Pavilion. sememangnya dia tidak berapa mengemari kanak-kanak. mungkin faktor anak bongsu mempengaruhi sikapnya tu.

begitulah sayang.. betapa kegembiraan mereka saat mengetahui kewujudan kamu dalam rahim  ibu . sungguh kami semua bersyukur atas kurniaan Allah. 

kamu adalah amanah dari Allah utk  ayah  & ibu . insyaAllah, akan kami jaga sebaik mungkin..
 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards