Powered by Blogger.

Saturday, March 3, 2012

air gula?


Assalamualaikum little caliph

Firstly, ibu nak ucapkan terima kasih sbb kamu sgt behave on the day ibu kene buat MGTT. Ibu berjaya utk tidak muntah. Tapi gagal untuk tidak merasa sakit kepala & tidur.

Mula2 ibu kene puasa dari makan & minum bermula dari pukul 10 malam hari sebelum MGTT dibuat. Tapi ibu ada minum air zamzam pagi2 tu sebelum ke klinik. Dahaga. Kali ini ibu tak perlu drive sbb ayah ada temankan kita. Jadi kita berdua dok berehat je melihat ayah mengharungi kesesakan lalulintas pagi2 buta di tgh2 KL ni.

Sampai klinik, ibu harus ke makmal patologi untuk ambik darah. Dalam 5ml darah diambil. Lepas tu, terus kena minum air glucose yang pekat. Ibu selalu dengar orang kata air glucose tu sangat tak sedap & mereka ambil masa lama utk habiskan air tu. Tapi, waktu tu ibu memang dahaga betul, sampaikan ibu minum laju mcm minum air masak je. nurse pun terkejut sbb cepat betul ibu habiskan. Oh ya, ibu minum depan nurse. Memang nurse paksa minum depan dia, jadi xdapatlah nak mengelat kan?

Lepas minum air gula rupanya kene puasa lagi. ibu ingat dah boleh makan. Baru nak ajak ayah pergi makan Ikan Bakar Pak Din kat Medan Selera Tanglin tu. Bila dah xboleh makan tu, ibu ingat nak balik rumah & tidur. Tapi nurse tak bagi kita balik. Bertapa lah ibu & ayah kat klinik tu selama 2 jam. Nasib baik ada ayah temankan.

Masa menunggu tu, ibu rasa perut ibu dah masuk angin menahan lapar. Kesian kamu terpaksa berlapar sama. ada waktu ibu rasa nak muntah. Tapi nasib baik dapat tahan sebab ibu tak mahu ulang lagi minum air glucose tu.

Lepas 2 jam, darah ibu diambil lagi. kuantiti yg sama masa mula2 ambil tadi. Sbnrnya prosedur ni adalah untuk melihat tindakbalas air glucose tadi dalam darah. Kalau ibu makan atau minum, nanti bacaan dia akan ralat sbb mungkin darah bertindak balas dengan glucose dalam makanan tadi. Oh ya, air glucose tu biasanya dibancuh mengikut sukatan yg sama sbb mereka mahukan kepekatan glucose yg sama.

Ibu & ayah terus pergi ke kafe di Memorial Tun Razak untuk makan. Ibu mmg dah xlalu lah nak makan. Perut masuk angin. Ibu hanya makan sandwich je. ayah je yang makan nasi. Kesian ayah, ayah pun puasa sama macam kita tau.

Kita terus balik rumah. Kat rumah ibu hanya berehat saja menghilangkan rasa pening akibat lambat makan.

Nanti ibu akan ceritakan pula keputusan MGTT tu ye sayang.. hingga kita berjumpa lagi.. ayah & ibu love you!

0 comments on "air gula?"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards