Assalamualaikum little caliph
Esok kamu akan masuk 16 minggu. Sabtu & Ahad lepas ibu balik ke kampung ayah. sampai hari ni still terasa letih walaupun xdelah buat kerja apa sangat compared dengan ayah yg mencangkul tanam rumput kat halaman rumah atuk. tambah lagi ayah yg drive. dahlah kita berulang alik ke Hospital Slim River utk melawat Nek Long kamu yg sakit.
lately ni ibu senang sangat rasa panas & berpeluh2. kat office ni, uncle Albert tolong ibu pasangkan 1 kipas extra kat bilik ibu padahal dah ada pun air-cond sebijik. ibu pun xtahu kenapa. perubahan hormon mungkin. ibu dah on air-cond sampai paling sejuk pun ibu stil boleh berpeluh2 panas. bila dah panas, mulalah badan rasa xselesa, pening & letih.
semalam, seharian di kampung, seharian jugak ibu sakit kepala. dah duduk depan kipas, still panas. lepas ini ibu rasa mungkin ibu dah tak ikut ayah balik ke kampung selalu kot. setakat sebulan sekali or 2 bulan sekali, ok kot. Dari KL sampai ke kampung, ibu muntah. balik dari kampung pun, ibu muntah. walau pun muntah tu nampak simple pada kebanyakkan orang, tapi bagi ibu, ia sangat menyakitkan. senak bahagian ari-ari. bila senak, ibu jadi risau bagaimana keadaan kamu di dalam perut ibu ni.
ibu ingat mahu ambil half day arini tapi kerja ibu banyak pulak. lagi2 bos ibu akan berangkat ke Bali secara tergesa2. jadi ibu kene siapkan kerja & bagi dia signed before dia g Bali.
Lagi 2 minggu, kita ada check-up. 16 April nanti, InsyaAllah, kita jumpa.. doktor nak scan kamu=)
260312
2 comments on "16 minggu"
dear akak..maaflah ye kalau saya tegur.
kalau ibu mertua, ipar akak terbaca blog ni mesti akan kecil hati sebab akak taknak balik kg hanya kerana panas..ye suasana kampung memang panas.
yang ikhlas- Ina
Adik,
untuk pengetahuan, kami berulang alik ke kampung selang seminggu. minggu ni balik, minggu depan xbalik.
dan untuk pengetahuan jugak, bukan xnak balik sebab panas. tapi sbb badan xsihat bila panas. tekanan darah saya sangat rendah semasa pregnant. senang sakit kepala & pitam.
gynae sahkan rahim saya jenis Retroveted Uterus. susah nak pregnant tapi senang pula nak gugur. setelah 2 tahun kahwin & menanti, baru diberikan rezeki ini.kami bukan golongan yg mudah utk pregnant.
jadi, keluarga sgt faham dgn penantian kami & kepayahan utk kami pertahankan kandungan ni.
walau bagaimanapun, terima kasih atas teguran..
Post a Comment