Powered by Blogger.

Wednesday, January 30, 2013

Ahmad Zahin Ziyad, saat kamu dilahirkan..


Assalamualaikum Ziyad,

Lambat sungguh ibu menghabiskan cerita melahirkan kamu. dari kamu dok berbedung sampai dah pandai meniarap, dah pandai menyembur, masih xhbs lagi cerita ibu.

bila dr. norshida noticed contraction ibu xlama menyebabkan ibu xboleh nak push, dr. shida arahkan midwife masukkan sesuatu melalui drip di tangan. ubat mungkin. dr. shida juga xbagi ibu sedut entonox lagi. lepas tu, baru ibu rasa contraction ibu lama. tiap kali masa rasa sakit, ibu kene push. nasib baik aunty anum pernah share experience dia dengan ibu. katanya jangan sesekali terpengaruh adegan bersalin dalam drama/filem. tipu dan lakonan semata-mata je semua tu. push tu bukanlah mengerang or meneran dengan suara ala-ala penyanyi ramli sarip, tapi teran macam kita kene sembelit amat sangat nak terberak.

ibu pegang kata2 tu. even dr. shida pun cakap bende yang sama. teran macam nak buang air besar. dalam labor room masa tu hanya ada ayah, ibu, dr. shida, & 2 orang midwives yg sangat2 berpengalaman. ayah disisi ibu. dr. shida ada offer kat ayah utk duduk & lihat dari belakangnya, maksudnya menghadap bukaan pintu rahim ibu, tapi ayah prefer utk berada disisi ibu & usap2 kepala ibu. lagipun, dari tempat ayah berdiri, mmg boleh nampak. even ibu sendiri pun boleh tahu apa yg berlaku.

sebenarnya, masa mengandungkan kamu, ibu selalu pesan kat ayah supaya ingat teknik2 bernafas masa bersalin supaya boleh ingatkan dan ajarkan ibu masa dalam labor room. tapi ayah xbuat pun! ayah hanya  mengajar ibu mengucap 2 kalimah syahadah & ingat pada Allah. berulang2 kali, tanpa henti.

"ingat Allah sayang.. tetapkan hati pada Allah." diikuti dengan 2 kalimah syahadah.

itulah yg ayah ulang2kan pada ibu sambil usap ubun2 kepala ibu. ibu hanya mampu ikut dalam hati.

ibu ingat lagi, dr. shida cakap " saya dah tolong setakat mampu, sekarang fatiha kena berusaha keluarkan baby". midwife yg 'mandi'kan ibu dengan air zamzam & air selusuh tu tak henti2 bagi kata semangat.

"good mother! good job!"
"the pain is coming..the pain is coming..pusshhhh!"

hahaha. comel. ibu hanya dengar suara midwives je. mcm bersorak tengah tengok football gayanya.

kemudian midwife tu kata "sikit lagi.. kepala baby dah keluar.. make it zero zero six!"

masa tu ibu rasa sakit amat sangat. sangat sangat sakit! sampai ibu hampir nak minta dibedah saja. terus ibu tgk dr. shida. SubhanaAllah! ibu nampak dr. shida sedang memegang kamu. kamu dah keluar separuh. ibu nampak kepala dan separuh bahagian badan kamu. rupanya ibu dah push sehingga melepasi kepala dan bahagian bahu kamu. orang selalu kata, kalau dah keluar bahu, InsyaAllah, proses dah senang sikit.

dr. shida pandang tepat kat ibu masa ibu pandang dia & dia kata "sikit lagi Fatiha..sikit lagi.. sekali push je dah boleh ni.. last push.. push sekuat mungkin"

bila takde contraction, ibu ambil peluang utk sedut nafas dalam2. bila rasa je contraction, terus ibu push sekuat hati. sampai habis nafas ibu tapi dr. shida kata "lagi! lagi!".

nafas ibu dah habis. contraction masih ada. ibu nak ambil nafas yg panjang tapi takut kamu termasuk kembali. so, ibu sedut nafas 2 kali. sedut pendek2. kemudian, sekuat tenaga, ibu push.

"Assalamualaikum".. suara dr. shida & kesakitan ibu hilang serentak!

dalam sekelip mata, kamu dah ada atas perut ibu.. SubhanAllah!. Alhamdulillah, memang ini yg ibu mahukan. memang ibu & ayah pilih hospital ini sebab ada doktor muslimah. sebab ibu mahu kedatangan kamu ke dunia ini, didahului dengan ucapan salam.

ibu hanya mampu ucap "Alhamdulillah, anak ibu". ayah pulak xhenti2 ucap syukur juga ucapkan terima kasih kat ibu.

"terima kasih sayang. terima kasih" sambil cium dahi ibu.. ibu xtau nak respon macam mana sbb sbnrnya, malu jugak dgn doktor & midwives.. hihihi.. ayah awak excited sgt.. nada suara ayah masa ucapkan tu pun, kedengaran sebak kegembiraan, terharu & macam2 perasaan bercampur baur.

masa kamu diatas perut ibu, kamu masih belum menangis. tapi bila midwife sedut cairan dalam mulut kamu, baru dengar tangisan kamu.

"Ok, ayah nak potong tali pusat x? doktor ajarkan" kata dr. shida.

Ayah sendiri yg potong tali pusat kamu atas bantuan doktor shida. kemudian, ayah azan & iqamatkan kamu dalam labor room tu juga. lepas tu, dr. shida suruh letakkan baby didada ibu. midwife tanya pada doktor "nak bagi breastfeed ke?"

"No, biarkan je.. skin to skin contact"

Masa tu, ibu dah tak peduli dah apa yg dr. shida buat pada ibu. ibu hanya pegang & tgk kamu atas dada ibu. dalam hati. tak henti2 mengucap syukur. kamu pulak, bukak mata & terus tepat pandang ibu.. SubhanAllah! perasaan tu, xboleh ibu nak gambarkan. seolah2 kamu senyum & berkata pada ibu "Assalamualaikum ibu. saya anak ibu & ayah, amanah dari Allah yg ibu & ayah tunggu selama ini. bimbing & didiklah saya".

kemudian, ibu terdengar doktor shida bagitahu, uri kamu dah selamat dikeluarkan & bertanya samada mahu disimpan dihospital dahulu & diambil semasa discharge nnt atau mahu ambil waktu itu juga. ayah kata uri akan diambil masa kita discharge dari hospital nanti.

kemudian, dtg nurse dari nursery utk ambil & bersihkan kamu. ayah pun ikut sama sbb ada beberapa urusan kot. ibu tak pasti. midwives dtg & bagitau ibu yg dia dah inform nenek yg menunggu diluar pintu labor room. lepas tu, tinggal ibu berdua dengan doktor shida dalam labor room tu. doktor shida habiskan kerja dia. selesai keluarkan sisa darah, doktor jahit.

"jahitan saya banyak x doktor?"
"normal utk 1st baby. semalam kita scan doktor kata baby 3.6kg kan?"
"a'ah"
"tapi doktor rasa baby kamu dalam 3.4kg. xpe tunggu nurse timbang kat nursery."

kemudian, datang ayah & nurse bawak kamu. masa ni doktor shida bagi ibu breastfeed kamu. SubhanAllah! kamu sangat pandai menyusu. semua nurse & doktor memuji kamu. kamu takde masalah langsung untuk latch on dengan betul. kamu menyusu seperti bayi yg kelaparan. sangat bersungguh2 sekali. selesai menyusu, nurse datang utk hantar balik ke nursery. nanti time menyusu, nurse akan hantar kamu ke bilik ibu.

lepas kamu pergi, ayah mintak izin doktor utk bawak nenek masuk. nenek masuk & terus tanya ibu.

"sakit tak Long?"
"tak! seronok!..ibu dah tengok cucu ibu?"
"belum"

nenek masuk sekejap je sebab midwife suruh ibu berehat. sebelum dr. shida balik, dr.shida pesan suruh bagi ibu biskut & milo. ibu bersalaman dengan dr. shida sambil ucapkan terima kasih. dr. shida sempat cakap kat ibu,

"awak pandai push. sekejap je dah keluar baby"
"hah?yeke? lama la doktor"
"tak. midwife call doktor ckp awak masuk labor room pukul 11.30pm. doktor sampai 11.45pm.. pukul 12.08am, baby dah selesai keluar. doktor selalu face patient beranak baby sulung take time lama. paling cepat pun, dekat sejam baru baby keluar"
"owh, yeke? tahlah doktor.. saya pun xde pengalaman. tadi pun saya ingat Allah je.. mmg xingat pun teknik2 yg belajar masa kursus dulu"
"alhamdulillah, dipermudahkan. ok,doktor balik dulu. pagi nanti kite jumpe"

ayah temankan dr. shida ke kereta. datang midwife tanya ibu pasal aircond. ibu mintak nurse off kan aircond sbb ibu rasa sejuk. tapi nurse kata "aircond mmg off dari tadi puan".. 

"Hah? really? saya rasa sejuk."
"normal. sbb puan baru lepas deliver"
"boleh tolong? if you see my husband, ask him to bring in my socks"
"ok puan."

ayah datang pakaikan ibu stokin. kami berbual2. ibu tak tahu berapa lama ibu dalam labor room. dtg midwife, tolong keluarkan lagi sisa darah beku & dudukkan ibu atas wheelchair utk balik ke bilik ibu. midwife tolong tolakkan wheelchair & baringkan ibu atas katil. nenek & tokbah ada dibilik. mereka masih xdapat nak tgk kamu. jadi mereka pulang ke rumah & akan dtg pagi nanti.

tinggallah ibu berdua dengan ayah. kami xdpt tidur. sedikit pun ibu xrasa letih atau lapar atau dahaga seperti kebanyakkan cerita yg ibu dengar dari pengalaman orang lain. kuasa Allah kan? mungkin juga sebab keterujaan tu yg sbbkan ibu & ayah seolah2 mendapat satu energy yg baru. hihihi.. kami berbual2 sampai ke pagi!

hihihi..

ayah bagitau ibu, yg contraction ibu start jam 9.30mlm.  ibu dimasukkan ke labor room lebih kurang pukul 11.30malam. masa midwife cakap zero zero six tu sebenarnya merujuk pada jam. waktu tu midwife konon nak bagi semangat ibu push & lahirkan kamu pukul 00:06 pg since tarikh hari tu dah masuk 6hb. tapi ditakdirkan kamu lahir 00:08 am =)

ayah bagitau ibu, sepanjang ibu dalam labor room sebelum melahirkan kamu, sikit pun ibu xkeluarkan suara! hihihi.. untuk push yg terakhir tu, ayah kata muka ibu bertukar jadi merah dengan bintik2 putih. panic ayah.. waktu tu ayah tahu ibu sedang berjuang habis2an. ayah jugak nampak ibu sempat curi2 nafas sebelum push kali terakhir keluarkan kamu.

the best thing is, kami berdua xingat berapa kali ibu push baru kamu keluar. so sampai sekarang kalau orang tanya, berapa kali push? kami xde jawapannya.. kadang2 terfikir jugak, saat2 genting macam tu, antara hidup & mati, ada ke masa nak kira berapa kali push? (-_-")

ayah bagitau ibu, ayah xajarkan pun teknik2 mcm yg ibu pesan sbb ayah kata, ayah nak ibu ingat Allah je masa tu. sbb masa melahirkan juga sebenarnya adalah antara hidup & mati. jadi adalah elok waktu2 seperti itu ayah ingatkan ibu utk ingat Allah, dari tolong ingatkan ibu teknik2 nak mudah bersalin. kalaulah waktu itu, dicabut nyawa ibu, sekurang2nya dalam keadaan ibu mengingati Allah & hati xputus2 mengucapkan kalimah syahadah.

ayah kata, ayah xambil pun gambar ibu atau rakamkan video sebab ayah kata ayah ingin menghormati ibu. lagipun rasanya xperlu kot. kalau nak disimpan dijadikan kenangan, cukuplah sekadar disimpan dalam kotak memori yg Allah beri=)

inilah memori melahirkan kamu yg dapat ibu coretkan. ia menjadi kenangan terindah buat ibu & ayah sampai bila-bila.. ibu & ayah sayang Ziyad.. moga menjadi anak yg soleh.. InsyaAllah.. amin..

hot bun fresh from oven
 kita masih dalam labor room lagi masa ni.
berat kamu semasa dilahirkan 3.45kg.

awal pagi selepas dibersihkan di nursery, kamu dihantar ke bilik ibu..

begitulah kisahnya pengalaman melahirkan kamu yg akan ibu & ayah ingat sampai bila-bila..

1 comments on "Ahmad Zahin Ziyad, saat kamu dilahirkan.."

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on January 30, 2013 at 12:24 PM said...

terharu saya baca kak.. insyaallah Ziyad akan jadi anak yang soleh dan berguna besar nanti.

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards