Powered by Blogger.

Saturday, August 11, 2012

Check up minggu 35


Assalamualaikum Little Caliph,

10 August 2012

Hari ni rutin check up dengan dr. Norshida. check-up terakhir sebelum beliau berangkat mengerjakan umrah. dah masuk minggu terakhir Ramadhan. persiapan raya ibu dengan ayah tahun ni xsemeriah tahun2 lepas. sebab kami lebih teruja buat persiapan menyambut kedatangan kamu nanti=)

Berat ibu naik 60.7kg minggu ni. takdelah mendadak sangat. tapi masuk2 je bilik, dr. Norshida terus tegur perut ibu nampak tiba2 besar. last 2 weeks xbesar pun. so, doktor predict kamu membesar dengan pantas. dia agak berat kamu akan mencapai 2.8kg minggu ni berbanding 2kg pada 2 minggu lepas.

masa doktor usap2 perut ibu, doktor kata kamu mmg besar & perut ibu amat padat!. ibu cakap dekat doktor mmg ibu rasa kamu berat sbb ibu susah nak bangun bila duduk di lantai. solat pun sudah sepenuhnya solat duduk.

bila scan, mmg betul berat kamu naik mendadak! 2642g! atau 2.6kg!

0.6kg dalam masa 2 minggu!

doktor kata kalau pembesaran kamu terus mendadak begini, doktor jangkakan berat kamu boleh mencapai 3.8-4.0kg bila sampai tarikh kamu lahir. doktor risau kamu terpaksa dilahirkan secara ceasarean kerana ibu akan hadapi masalah bila sampai masa nak melahirkan kamu. mungkin untuk mengeluarkan kepala baby, tiada masalah, cuma doktor takut sampai di bahagian bahu, xlepas..

pembesaran mendadak kamu mungkin disebabkan faktor GDM yang ibu hadapi. mmg ibu akui sepanjang berpuasa ni, ibu banyak makan yang manis2.. berbuka puasa dengan air manis, kuih muih lagi.. semuanya manis2.. jadi doktor terus check bacaan air ketuban. sbb GDM jugak ada potential untuk air ketuban yg banyak & effect pada baby. alhamdulillah, bacaan air ketuban ialah 14. masih dalam normal range 6-18.

raya ni, mmg ibu kene lebih berhati2.

next appointment pada 28 August 2012 dengan Dr. Nasuha. Dr. Nasuha akan gantikan Dr. Norshida sebab Dr. Norshida akan masuk bekerja selepas mengerjakan umrah pada 30 August 2012.

sehingga itu, moga kita berdua baik2 saja.. InsyaAllah..

1 comments on "Check up minggu 35"

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on August 14, 2012 at 11:40 AM said...

semoga little caliph akan lahir dengan selamat dan tiada komplikasi

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards