Powered by Blogger.

Saturday, July 28, 2012

perkembangan minggu 33


Assalamualaikum Little Caliph,

27.7.2012

Hari ni check up minggu ke 33 dengan Dr. Norshida. Ibu & Ayah cuti sehari hari ni. pagi tu ayah pergi servis kereta ayah dulu. lepas solat jumaat, baru kami bertolak ke hospital sebab appointment jam 3.30ptg.

Alhamdulillah, hari ni hari ketujuh umat Islam di Malaysia berpuasa. kita juga berjaya puasa penuh setakat ni.. bagus anak ibu.. semoga kita sama2 kuat sehingga akhir Ramadhan ye..

kali ni berat ibu turun 1.1kg.. 2 minggu lepas berat ibu 60.5kg tapi hari ni timbang jadi 59.4kg.. doktor kata baru seminggu puasa dah turun banyak ni, mcm mana lagi 3 minggu.. ibu harap berat makin naiklah sekurang2nya ikut piawaian yg biasa utk ibu mengandung pada 3rd trimester, 0.5kg setiap minggu.

masa kat rumah, ayah teka berat kamu naik jadi 2.1kg. tapi bila doktor scan, berat kamu ialah 2.09kg.. lagi 10g nak sama dengan tekaan ayah=).. hehehe.. lega ibu dengar bila doktor kata walaupun berat ibu turun, tapi berat kamu naik. jadinya penurunan berat badan ibu xpengaruhi kamu.. alhamdulillah..

Air ketuban mencukupi, uri berada di atas & kamu dalam kedudukan cephalic tapi belum engaged lagi.. masih awal kan? kaki ibu masih belum tunjukkan tanda sembab atau bengkak walaupun dah 33 minggu.. ibu risau jugak sebenarnya sbb bulan puasa ni ibu banyak duduk menghadap komputer. kurang berjalan. tapi tidur malam mmg ibu tinggikan kaki dengan letakkan bantal sejak dari kamu berusia 5 bulan lagi.. cincin kahwin & cincin tunang pun ibu dah tak pakai sebab takut jari sembab tanpa sedar & tak boleh nak tanggalkan cincin2 tu..

kami try utk capture & print gambar scan 4D kamu. tapi kedudukan muka kamu yg rapat ke dinding rahim, buat gambar jadi tak jelas. tambah pulak, tangan kamu menutup muka.. eee.. malu ke sayang?

ibu ada bagitau doktor yang dalam minggu ni,ibu selalu sakit & pedih diulu hati. adakah disebabkan kamu yg panjang sampai menekan ulu hati atau sebab lain?

doktor terus kata ibu kene gastrik. lepas check, mmg betul ibu ada gastrik.. tak terfikir langsung itu adalah gastrik sebab ibu xtahu rasa sakit gastrik mcm mana. terus doktor bagi ubat gastrik utk dimakan waktu sahur. sekrang ibu kene paksa diri makan nasi waktu sahur walaupun xde selera waktu pagi2 nak makan nasi.

doktor ada kata kalau still sakit lagi, eloklah berbuka puasa. kalau boleh elakkan tahan sakit tu sampai muntah sebab nanti boleh bahayakan kita berdua.

baju kamu semua ibu dah basuh. hand washed lagi. beg kamu utk ibu bawak ke hospital pun dah ready. tinggal beg ibu je belum. sekarang ibu & ayah sedang siapkan ruangan untuk kita berpantang nanti. nanti nenek akan datang untuk jaga kita.


Semalam, ibu buat BSP sendiri. walaupun puasa, tapi ibu just ikut timing yang biasa ibu buat BSP. resultnya,

8 pagi - 5.0mmol/L
10 pagi - 4.4mmol/L
2 ptg - 3.6mmol/L
10.30mlm (selalunya 8 mlm, tapi sebab baru lepas berbuka puasa, ibu lewatkan 2jam) - 5.3mmol/L

Ahad nanti, ibu & ayah akan pergi ke antenatal class kat columbia setapak.


0 comments on "perkembangan minggu 33"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards