Powered by Blogger.

Saturday, July 14, 2012

Check up minggu 31


Assalamualaikum Little Caliph..

Minggu 31, 13 July 2012.

ada check-up lagi hari ni. ibu & ayah ambik cuti halfday sebab appointment pukul 3 ptg. kali ni nenek & tok ayah ikut sekali sebab ibu nak tunjukkan lokasi hospital just in case kalau ada emergency, ayah xde dirumah, ibu boleh mintak tolong tok abah hantarkan ke hospital. 

masa ibu jumpa doktor, nenek & tok abah minum2 di cafe hospital. check-up kali ni macam biasa, scan kamu untuk monitor keadaan kamu didalam sana. Alhamdulillah, semuanya normal menurut doktor. berat kami mengikut scan adalah 1827g. bertambah lebih kurang 300g dari 2 minggu lepas. berat badan ibu pulak naik 1.1kg.

doktor ada buatkan jugak 4D scan.. hehehe.. pipi kamu kelihatan tembam. tapi semuanya hanyalah hasil scan yang bukan 100% tepat sebab didalam rahim ibu, kamu duduk dalam air. susah sikit nak capture gambar kamu sebab kamu bergerak2. scanner xdapat nak capture gambar yg cantik. jadi doktor hanya simpan sebagai rekod saja.. xde gambar scan diprintkan.

kamu sekarang begitu aktif pada waktu malam buatkan tidur ibu tidaklah begitu lena lagi sebab kejap2 terkejut dengan tendangan & gerakkan kamu. berombak2 perut ibu. ayah selalu pujuk kamu setiap malam sebelum tidur. 

"anak ayah, sekarang dah malam. waktu malam kita kene tidur. rehatkan badan. siang nanti baru boleh main"

nanti bila dah pagi pulak, sebelum pergi ke office, ayat ayah akan jadi macam ni,

"Assalamualaikum anak ayah. dah bangun x ni? dah siang ni.. kene bangun.. ayah nak pergi kerja.. jangan nakal2"

kadang2 kamu akan respond dengan suara & usapan ayah. tapi kebanyakkan masa, kamu bangun lambat sikit. lepas ayah dah pergi kerja ataupun waktu ibu driving nak ke office. kalau ibu perdengarkan bacaan Al-Quran dari tab, kamu akan duduk diam saja. ibu anggap, kamu menghayati bacaan tersebut.

doktor ada pesan kat ibu agar jaga pemakanan terutama bulan puasa & musim raya nanti. elakkan karbohidrat & makanan manis. sebab ibu ada GDM & orang GDM ni ada potential baby membesar secara mendadak pada minggu2 akhir pregnant.

Alhamdulillah, pada usia kamu 31 minggu dalam kandungan, ibu masih mampu memandu sendirian setiap hari  ulang-alik ke office. Alhamdulillah, kaki masih ok, xde bengkak mahupun sembab. mungkin sbb kerja ibu menuntut ibu agar sentiasa bergerak & tidak hanya duduk didepan pc saja.

mudah2an kita terus sihat sampai tiba our Big Day ye sayang..InsyaAllah..

1 comments on "Check up minggu 31"

rimieilya on July 23, 2012 at 1:33 PM said...

TAHNIAH YE...DAH NAK JADI IBU DAH.SAYA JUGA TENGAH BERUSAHA UNTUK PEROLEHI BABY..HOPEFULLY ADA KHABAR GEMBIRA MENJELANG SYAWAL NANTI..DOAKAN SAYA YE N TAKE GOOD CARE TO BOTH OF U

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards