Powered by Blogger.

Saturday, June 30, 2012

1st check up di Columbia Asia Hospital


Assalamualaikum Little Caliph..

15 June 2012

Hari ni ibu & ayah ke Columbia Asia Hospital. InsyaAllah, kamu akan dilahirkan disini nanti. hospital ni, ayah yang pilih. ibu ikutkan je sbb kos ayah yang bayar.. hehehe..

mula-mula ibu cari sedikit info kat website hospital. plan asal nak ke cawangan baru hospital di Setapak. tapi tak ade doktor muslimah disitu. jadi ibu terus call hospital cawangan Cheras. ada Dr. Norshida disitu. terus ibu buat appointment untuk 3D/4D scan. bila ibu tanya pasal nak register untuk bersalin sekali, mereka suruh ibu tanya dengan doktor terus masa scan nanti.

ibu dan ayah ambik cuti 1 hari. appointment pukul 3.30 petang. pagi tu ibu dan ayah pergi renew lesen kereta, makan nasi bryani dan pergi urut kaki di Manjakaki. ayah seorang je yang urut. ibu temankan je.. lepas solat Jumaat, kami terus ke hospital.

urusan disini sangat mudah & cepat. xperlu tunggu lama. hospital pun tak crowded macam sesetengah hospital swasta. lepas diambil urine dan ditimbang berat, ibu & ayah masuk ke bilik doktor untuk scan. teruja betul kami terutama bila kamu berikan senyuman manis=)

kami dapat lihat dengan jelas gender kamu. doktor ada tanya banyak beli barang baby color pink ke blue.. ibu hanya jawab ibu banyak beli warna2 neutral saja..hehe.. Alhamdulillah, ibu dapat register untuk bersalin disini nanti dengan Dr. Norshida. InsyaAllah.. Dr. Nurshida akan menunaikan umrah selama 2 minggu & balik ke Malaysia pada 29 Ogos 2012. masa tu pulak usia kamu ngam2 38 minggu dan cukup matang sekiranya dilahirkan 2 minggu lebih awal dari EDD.

masa perjalanan balik, ayah xhenti2 menatap gambar hasil 3D/4D scan kamu.. hehehe.. setiap kali lampu isyarat merah, mesti mintak ibu gambar kamu.. sampai rumah, ibu terus ke rumah nenek dulu untuk sharekan gambar & berita gembira tu pada semua. walaupun Tok Abah tak katakan secara langsung, tapi ibu tahu Tok Abah sangat happy sebab Tok Abah dapat teka gender kamu dengan betul. petang tu juga ada fogging dikawasan rumah. ada kes denggi. jadi ibu & ayah bersiar2 menaiki kereta sebab ibu xtahan dengan bau ubat fogging.

esoknya, ayah pulak tunjukkan gambar kamu pada Atuk di kampung. ayah balik ke kampung sebab nak bincang dan serahkan duit untuk kenduri kita di kampung nanti pada 23 June 2012. masa tu kamu dah 7 bulan. nanti ibu ceritakan pasal majlis tu ye.

oh ya, berat kamu masa di scan adalah sebanyak 1006g.. hehehe.. comel je.. berat ibu pulak 58.8kg. mula2 doktor agak terkejut sebab berat sebelum ibu mengandung adalah 57kg. doktor ingat berat ibu hanya naik 2kg saja sepanjang 27minggu pregnant. tapi bila ibu terangkan berat ibu turun 3kg masa 1st trimester, baru doktor kata ok sebab sebenarnya berat ibu dah naik 5kg.

ok, sayang.. nanti ibu ceritakan lagi ya.. ibu agak sibuk akhir-akhir ini.. ada banyak perkara yg ibu ingin coretkan untuk kamu.

0 comments on "1st check up di Columbia Asia Hospital"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards