Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

Anugerah dari Tuhan


Assalamualaikum little caliph..

hari ni kamu dah berusia 5 minggu 2 hari dalam rahim ibu. pagi tadi ibu dah ke KKIA Tanglin untuk register bagi mendapatkan buku pink. buku pink tu nanti akan mencatatkan segala perkembangan ibu semasa mengandungkan kamu. segala yg direkodkan itu akan digunakan sebagai rujukan untuk doktor yg akan menyambut kamu keluar ke dunia nanti.

ibu masih ingat lagi, pertama kali ibu melihat double lines yang samar pada kit UPT (Urine Pregnancy Test). masa tu ibu seorang dirumah. ayah kamu dah berada di office. serius, hati ibu tidak mahu percaya. sebab dah beberapa kali ibu buat UPT dan hasilnya adalah negatif (1 line). ibu terus ambil gambar & emailkan pada ayah.

ayah terus call ibu. dari nada suara ayah, ibu tahu perasaan dia bercampur baur mcm perasaan ibu pertama kali lihat double line yang samar tu.   ayah  ajak  ibu utk buat lagi UPT pada keesokkan hari. walaupun begitu, kami tak henti2 memanjatkan kesyukuran sekiranya benar telah sampai masa kami utk memiliki kamu.

pagi esoknya,  ibu buat sekali lagi. double lines kali ini lebih terang dari yang semalam.  ibu tunjuk pada  ayah .  ayah  sangat happy.. "mudah2an rezeki kita kali ini ye, sayang".  ibu biarkan  ayah  sementara ibu pergi solat subuh. selesai solat,  ibu lihat ayah  xhenti2 ambil gambar double lines tu.. 

ayah terus ajak  ibu ke klinik utk pengesahan. kami pun pergi ke klinik idzham dekat rumah. maklang kamu kerja disitu.. terkejut dia lihat kami ada disitu. lepas tunjukkan UPT yg double lines tu, doktor sahkan  ibu mengandung 4 minggu. byk yg doktor pesan since ibu dan doktor zahiyah tu sama2 ada retroverted uterus.

ayah sangat genbira sampaikan bila pulang dari klinik, dia masih lagi mahu lihat UPT tersebut.. berkali2..

kami berdua kembali ke office.  ibu  terus call nenek & tok abah utk bagitahu berita gembira ini. pesan  mereka, jgn hebahkan dulu kerana mengikut nasihat orang2 tua, biarkan sehingga kamu berusia 3 bulan ataupun sekarang ini lebih ramai yg panggil dengan 1st trimester.  ayah pun bagitau atuk kat kampung dan juga mak ngah ima & paklong hasrul.

sepatutnya  ayah kamu bermalam di Marriot, Putrajaya sbb ada seminar pengurus selama 3 hari. tp  ayah sanggup berulang balik ke rumah semata2 mahu menemani kita.  ayah  kamu sgt gembira sayang. sementara menunggu  ayah  pulang,  ibu kerumah nenek & tok abah. semua gembira. adik  ibu  yg kedua tu, sepatutnya jadi pakngah kamu, tapi dia nak kamu panggil dia uncle bobo! haha..

adik  ibu  yg keempat tu, sepatutnya jd makteh kamu. tapi direquest nak tukar panggilan lain. tah apalah yg dia mahu kamu panggilnya nnt. makteh kamu ni ada kat melaka. menghabiskan sem terakhir matrikulasi di sana.

macam yg  ibu  ceritakan tadi, maklang kamu kerja di klinik tempat ibu  buatkan pengesahan. jadi secara teknikalnya maklang kamu adalah orang pertama yg tahu selain  ibu  &  ayah . tapi  ibu  pesan padanya utk tidak beritahu pada nenek & tok abah.. biar  ibu  sendiri yg beritahu. 

Paksu kamu adalah orang yg paling cool sekali. dia hanya risaukan janjinya pada ibu  utk membelikan  ibu baju untuk wanita mengandung yg pernah dilihat di Pavilion. sememangnya dia tidak berapa mengemari kanak-kanak. mungkin faktor anak bongsu mempengaruhi sikapnya tu.

begitulah sayang.. betapa kegembiraan mereka saat mengetahui kewujudan kamu dalam rahim  ibu . sungguh kami semua bersyukur atas kurniaan Allah. 

kamu adalah amanah dari Allah utk  ayah  & ibu . insyaAllah, akan kami jaga sebaik mungkin..

0 comments on "Anugerah dari Tuhan"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards