Powered by Blogger.

Wednesday, June 18, 2014

Adik


14 May 2014

Setelah sekian lama ibu takde mencoretkan apape disini buat anak ibu, hari ini, 14 May 2014, ibu ingin coretkan sesuatu sebagai kenangan untuk anak-anak ibu.

Alhamdulillah, Ziyad akan jadi abang=) hari ni doktor sahkan ibu dan ayah diberi kepercayaan untuk menjaga dan mendidik amanah dari Allah. masih terlalu awal lagi sebenarnya. Jadi, ibu sendiri belum tahu samada amanah tersebut lelaki atau perempuan, seorang atau berdua. 

Seminggu sebelum ni, pakngah awak demam, diikuti oleh nenek, kakak Humaira, Abang Ziyad, Paksu, Ibu, Mak Lang dan akhir sekali, ayah. mungkin sebab ayah outstation, jadi ayah terjangkit demam selepas pulang dari outstation.

Ibu mula rasa tak sedap badan, tapi ibu fikir mungkin akibat demam. tapi tah macam mana diilhamkan kepada ibu utk buat pregnancy test. bila ibu mintak izin ayah utk singgah ke farmasi lepas balik dari office, ayah dah 'yes! yes!' dah. padahal belum confirm pun lagi. masa ibu di farmasi, ibu hanya beli 1 test kit saja.

pagi tu, abang ziyad bangun nak susu. memang ibu & ayah sedang berusaha untuk pisahkan susu ibu dengan abang Ziyad. kami gantikan dengan susu formula. buat masa ni, hampir 95% berjaya & ibu pun dah lama tak pam susu di office. lepas bancuhkan susu abang ziyad, ibu terasa nak buang air kecil, jadi ibu ambik kesempatan utk test terus.

resultnya, memang 2 lines. ibu macam tak percaya. takut pada harapan yang terlalu tinggi, jadi ibu takut ibu berhalusinasi terlalu tinggi. ibu cuci muka, lap kering, tgk test kit. tetap nampak 2 lines. akhirnya ibu kejutkan ayah utk confirmkan. terpisat2 ayah bangun jam 5 pagi hanya utk kata yg dia pun nampak 2 lines. jadi, plan ibu sejak dulu lagi nak bagi surprise kat ayah pasal pregnancy, mmg tak menjadi.

Dari dulu lagi ibu teringin nak bagi surprise macam ni kat ayah.
Jadi, kami ke klinik Idzham utk buat pengesahan. Doktor Zahiyah sahkan ibu mengandung dan usia awak baru 4 minggu lebih. EDD yang ibu dapat ialah 17 Januari 2015!

Dalam kereta, ibu & ayah berbincang2. waktu awak lahir nanti, abang Ziyad dah berumur 2 tahun 4 bulan. sedang elok ibu & ayah rasa utk abang ziyad ada adik. lagipun, ini semua perancangan dari Allah, jadi mestilah yg terbaik.

ibu juga sebenarnya risau takut tak termampu nak cope tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan baik. tapi Alhamdulillah, ayah berikan sokongan pada ibu. "kita sama2 lalui semua ni. syg jgn takut, abang ada", kata azimat ayah.

0 comments on "Adik"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards