Powered by Blogger.

Monday, August 6, 2012

tentang nama


Assalamualaikum Little Caliph,

sekarang ni dah 17 hari umat Islam berpuasa. maksudnya dah 17 Ramadhan. 17 Ramadhan ni, adalah hari turunnya Al-Quran iaitu mukjizat yang dikurniakan kepada nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.. ibu masih berusaha untuk menghabiskan/khatamkan bacaan ayat2 suci Al-Quran sebelum kamu lahir. mudah2an sempat.

ramai orang predict kamu akan dilahirkan lebih awal dari EDD kamu sebab melihat keadaan perut ibu yang dah kebawah. tapi last check-up hari tu, doktor kata kamu belum engaged lagi.. ibu harap kamu lahir nanti bila doktor Norshida dah balik dari menunaikan umrah & nenek kamu selesai menguruskan kemasukan Aunt Syue ke universiti.

setakat ni, ibu & ayah sedang perlahan2 menyiapkan keperluan untuk kamu lahir nanti. ayah dah belikan Thermo Pot 5L untuk kegunaan kita nanti.. senangkan, nanti kita berdua perlukan air panas yang banyak. untuk mandi, untuk minum..

Ayah jugak ada belikan sticky album untuk kamu. kami plan nak lekatkan semua gambar2 scan kamu, kad appointment & apape saja yang berkaitan dengan perjalanan kamu untuk lahir ke dunia. mungkin ibu akan printkan setiap entri dalam blog ni & masukkan dalam album tersebut.. boleh dijadikan kenangan untuk kita nanti.

Ayah dah pilih nama untuk kamu.. ayah sangat2 teruja nak namakan kamu dengan nama yang dipilih.. hihi.. ibu tak kisah pun. janji nama tu bawa maksud yang baik & senang dipanggil. syarat ibu xbanyak. asalkan nama tersebut terdiri dari 2 suku kata & kalau orang nak panggil nama kamu, mereka kena panggil dengan panggilan penuh supaya maksudnya tidak lari.

cerewet bukan?

percayalah sayang, susah sebenarnya setiap ibubapa nak namakan anak mereka. kerana nama membawa seribu satu makna & kepentingan.

jadi, hargailah nama yang kami berikan ye=)

0 comments on "tentang nama"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards