Powered by Blogger.

Friday, August 17, 2012

Duit raya yang pertama walaupun belum melihat dunia


Assalamualaikum Little Caliph,

17 August 2012

Kamu semakin aktif bergerak dalam perut ibu. Nenek kata kamu nak cari jalan keluar.. hihihi.. tapi last check-up haritu, kamu belum engaged lagi..

Lusa kita akan beraya. ayah dah start cuti. semalam ibu & ayah berbuka puasa di Felda Villa. Office ayah sponsor.. tapi ibu xmakan banyak sangat sebab mmg ibu xboleh nak makan dalam portion yang besar. cepat mengah & kenyang.

esok petang kita akan balik ke kampung ayah. sambut Syawal disana. mungkin sampai Isnin petang, lepas Asar (raya kedua). ibu mintak balik Isnin pagi, tapi ayah kata KL ni hari2 boleh raya (-_-"). mane nak sama kan? xpe, tahun depan, giliran kita di KL.. so, raya kedua lepas Asar, baru kita balik kampung ye..

Lately badan ibu rasa sangat2 tak selesa. akan bangun malam untuk buang air. ibu dah xselesa dengan tandas awam atau mana2 tandas selain dari tandas rumah kita & office ibu. mungkin sebab ibu memerlukan tandas duduk. jadi ibu agak paranoid dengan kebersihan tandas duduk selain dari rumah kita & office ibu.

tidur malam pun dah tak berapa selesa. semua position ibu cuba. tapi tetap xselesa. itu tidur di katil sendiri. kalau tempat lain, lagi xselesalah agaknya.. itulah sebabnya ibu dah tak berapa gemar nak bermalam ditempat lain selain dari rumah kita. macam masa 1 Ramadhan lepas, keluarga besar TokAbah buat majlis berbuka puasa & sahur bersama di Senawang. lepas berbuka puasa & solat terawikh, semua akan bermalam di homestay milik NekLang. ibu & ayah xikut serta.

tapi ibu xdelah bagitau hal ni pada sesiapa. nanti orang kata banyak songeh pulak. orang lain pun mengandung jugak. kalau kamu seorang perempuan, InsyaAllah, kamu akan faham. tapi kalau kamu seorang lelaki, fahamilah yang setiap ibu mengandung, lain karenahnya. kalau isteri kamu mengadu apa2 yg tidak selesa, jgn berkecil hati. sungguh! perempuan mengandung ni, sangat2 tak selesa dengan kondisi dirinya apatah lagi di saat2 menanti hari.. kalau dia tak mahu lakukan sesuatu, jangan paksa. ikutkan saja asal dia selesa. ingat, dia bawa zuriat kamu.

dah nak dekat raya ni, officemate ayah bagi duit raya untuk kamu walaupun kamu belum lahir lagi=) semoga rezeki kamu sentiasa murah, sayang..

Terima kasih kat uncle Ramli bagi duit raya untuk Little Caliph..

Alhamdulillah..

0 comments on "Duit raya yang pertama walaupun belum melihat dunia"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards