Powered by Blogger.

Wednesday, August 29, 2012

37 minggu


Assalamualaikum Little Caliph..

28.8.12..

Kita masih lagi dalam musim beraya. owh, tahun ni kita jadi 'hot stuff' sayang.. pergi mana2 semua orang nak jumpa.. sanggup datang beraya rumah kita walau dah pukul 930 malam. nak tengok perut ibu.. tengok kamulah maknanya.. lepas tu ramai bagi pendapat ibu akan melahirkan kamu dalam masa terdekat memandangkan perut ibu dah kebawah sangat & sangat tajam ke hadapan!

tapi xpe.. macam ayah selalu cakap, setiap tetamu yang masuk rumah kita, akan membawa masuk rezeki untuk tuan rumah.

kalau dari depan atau belakang, orang tak perasaan sangat ibu pregnant sbb badan xkembang. tapi kalau tengok dari sisi, orang akan tanya "mak ai, tajamnye.. berat tak?"..


ibu dan ayah di pagi raya. setakat ni, jumlah kenaikkan berat badan ibu adalah 7kg. tapi tak semua berat tu ke badan ibu.. separuh darinya menyumbang ke berat badan kamu.

ini rumah baru kita.. alhamdulillah ada rezeki untuk renovate sikit bahagian depan. nanti lepas kita habis pantang, kita pindah masuk rumah ni ye sayang.. ayah dah siap simenkan semua bahagian depan.. nanti kamu dah besar sikit, kita beli kolam untuk kamu main2 air.. tengok, kalau dari tepi, mmg boleh nampak perut besar kan?

hari ni ada check up dengan doktor. tapi Dr. Norshida xde.. masih bercuti mengerjakan umrah. Khamis ni, 30 Ogos 12 baru masuk kerja. so doktor yang check kita kali ni doktor Nasuha.. dia ganti semasa Dr. Norshida bercuti.

Hasil check-up semalam, doktor anggarkan berat kamu 3.4kg! ibu masih pelik lagi sebenarnya sebab berat ibu naik 300 gram saja.. macam mana berat kamu boleh naik dari 2.6kg ke 3.4kg? dari pemerhatian ibu & ayah, Dr. Nasuha macam tak berapa cekap lagi gunakan scanner tu.. itu pun 2 kali ibu kene buat scan sebab 1st scan, doktor ukur kamu, berat kamu 3.8kg! 2nd time dapat 3.4kg pulak..

so, ibu xnak ambik tahu sangat pasal berat kamu. kita tunggu Dr. Norshida balik & check sekali lagi ye sayang.. InsyaAllah, selasa depan adalah next appointment kita..

memandangkan semalam ibu & ayah cuti sepanjang hari, so kami bergotong royong basuh & sterilize botol2 susu kamu. setakat ni ibu baru beli 2 je botol susu Avent untuk kamu. kita tengok kesesuaian botol tu dengan kamu sebelum tukar ke jenis yg lain ya..

botol banyak2 tu ialah storage bottles untuk ibu buat stok susu ibu untuk kamu nanti.. mudah2an murah rezeki kita dapat kamu menyusu sampai 2 tahun ya..

nanti, ada apape lagi, ibu cerita ya..


1 comments on "37 minggu"

nurul said...

a'ah la..dari depan tak nampak sgt..tengok dari tepi macam dah tunggu hari je..moga selamat semuanya nanti =)

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards