Powered by Blogger.

Tuesday, July 3, 2012

Kenduri doa selamat ganti majlis lenggang perut


Assalamualaikum little caliph

23 June 2012

Hari ini, ada kenduri doa selamat untuk kita memandangkan ibu dah masuk 28 minggu mengandungkan kamu. kalau ikut istilah adat orang dulu, majlis ni biasanya dinamakan sebagai lenggang perut. tapi menurut Islam, acara lenggang perut dilarang dalam agama kita sebab terdapat unsur2 khurafat didalamnya.

Jadi, majlis ni langsung xde apape acara yang berkaitan dengan adat lenggang perut seperti mandi bunga ibu & ayah bayi, dipakaikan kain batik 7 lapis, digelek kelapa di perut & sebagainya. majlis ni ringkas sahaja. panggil orang kampung & dibaca doa selamat kemudian dijamu makan tengahari. bacaan doa selamat dimulakan pada jam 11 pagi.

orang kata perut ibu kecik walau dah masuk 7 bulan. ada jugak tanya kenapa x gemuk. ibu pun pelik.. wajib ke orang mengandung mesti gemuk/sembab? hehehe.. asalkan doktor kata semuanya ok mengikut usia kandungan, Alhamdulillah..

siap pasang khemah lagi. tengok abang2 sepupu kamu tu.. riang ria bermain. semua cucu atuk setakat ni, hero2!

Alhamdulillah, ramai jugak orang yang hadir mendoakan kita=) cupcake coklat tu, nenek KL yang buat dengan Aunty Shue..

Atuk buatkan kita air yang dah dibacakan Yaasin untuk kita. semoga semuanya lancar, mudah dan selamat ye sayang..amin..

0 comments on "Kenduri doa selamat ganti majlis lenggang perut"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards