Powered by Blogger.

Monday, July 2, 2012

The hidden journey : The Treatment


Assalamualaikum little caliph,


Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya.


Kata-kata diatas ibu pinjam dari seorang kawan maya.

ibu & ayah mulakan langkah pertama kami dengan memutuskan untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi. sebenarnya ibu & ayah mmg tak tahu sangat tentang klinik/hospital swasta yg ada perkhidmatan utk masalah mendapatkan zuriat. yang selalu orang cerita ialah di LPPKN, sebuah agensi kerajaan. 


ibu tahu pasal Az-zahrah ni pun sbb sepupu ibu pernah ke sana jadi ibu tahu ada rawatan kesuburan disitu. lebih best sbb gynae dia semua perempuan Islam.

ibu memilih gynae yang bernama Dr. Fazlina Hanum. gynae ni sangat gentle. 1st visit ibu di diagnosed mempunyai masalah rahim terbalik/kebelakang (retroverted uterus). menurut gynae, mmg ada wanita dilahirkan dengan keadaan rahim begitu. ia ibarat sesetengah orang dilahirkan sebagai left handed & yang selebihnya adalah right handed.

gynae kata org yg RU ni still boleh pregnant tapi agak susah sikit. orang RU ni susah sikit untuk pregnant tapi senang pula untuk miscarriage disebabkan kedudukan rahim begitu. gynae bekalkan ibu dengan ubat kesuburan yang dikenali sebagai Clomid. Clomid ini akan merangsang ovary ibu menghasilkan & mematangkan lebih banyak ovum utk 1 kitaran subur. kebarangkalian utk mendapat kembar biasanya tinggi utk orang yang memakan Clomid ni. sbb secara normal, ovary hanya akan mengeluarkan 1 ovum sahaja.

rawatan kesuburan ini memerlukan masa dan kesabaran sayang. tak semestinya kita akan berjaya pada percubaan pertama. kena ulang & ulang. kene cuba pula method yang lain. kene bersabar untuk berulang-alik jumpa gynae. appointment demi appointment ibu & ayah kena hadiri. syukur sangat ayah xpernah failed utk teman ibu setiap kali appointment. setiap kali ibu mengambil Clomid selama 5 hari berturut2, ovary ibu akan di scan. kaedah ini dinamakan trans vaginal scan (TVS). pernah ovary ibu menghasilkan 2 ovum matang. bila ada ovum yg matang, gynae akan beri suntikan pregnyl utk ovum tersebut pecah & keluar ke tiub fallopian utk disenyawakan.

tapi pada cycle tersebut ibu tak berjaya. sehinggalah cycle diulang utk kali ketiga, ovary ibu dah xmemberikan respond terhadap Clomid menyebabkan ovum ibu kecil & tak matang. sehingga gynae terpaksa menaikkan dos Clomid dari 2 biji ke 3 biji.


untuk cycle keempat dengan dos tinggi ini pun, tidak berjaya. ini adalah cycle terakhir ibu dibenarkan mengambil Clomid sbb gynae kata xelok ambil Clomid sbb nanti ovary akan imune dgn Clomid ni. so, gynae cadangkan ibu proceed dengan HSG.


HSG (Hysterosalpingography) ini ialah ujian untuk tengok samada tiub fallopian ibu mempunyai masalah atau tidak. untuk ujian ini ibu perlu pergi ke KPJ Kajang Hospital sbb Az-zahrah xbuat ujian ni. gynae bagi borang utk memudahkan ibu buat HSG disana.


HSG ini perlu dilakukan pada hari ke 8-9 selepas hari pertama haid. tapi ibu & ayah xpergi pun. sebab masa ni kami fikir mahu stop dulu treatment & focus sepenuhnya utk proses pindah masuk rumah baru & membantu persiapan bertunang & kahwin Uncle Bobo kamu.


Kuasa Allah, dalam kesibukan ibu & ayah tidak terlalu memikirkan hal berkaitan anak, Allah berikan ibu & ayah berita yang kami tunggu selama ini=) ibu berjaya conceived naturally tanpa sebarang bantuan ubatan moden. Alhamdulillah..


inilah secara ringkas bagaimana usaha ibu & ayah untuk dikurniakan zuriat. disebabkan kesukaran utk RU seperti ibu conceived & betapa tingginya pula risiko untuk gugur, jadi penjagaan diri ibu ketika mengandung agak rumit & cerewet sikit berbanding orang lain.


ibu masih simpan lagi semua resit, bekas ubat, laporan lab & segala2nyalah tentang rawatan tu untuk dijadikan kenangan. ibu pandang sudut positif. tak semua orang lalui apa yang kami lalui. jadi, ini merupakan antara kenangan paling berharga kami. sampai saat ini, kami tak berani nak jumlahkan semua bil2 tersebut.

2 comments on "The hidden journey : The Treatment"

OmakTwin on July 2, 2012 at 5:04 PM said...

Betul treatment nie memerlukan duit yg banyak dan juga masa yg terpaksa dikorbankan.
Bagi yg kerja agak susah nk tentukan bile akan cuti sbb ianya berdasarkan perubahan hormon dlm diri kite.
Wan memang buat kira2 dlm diari saje nk tau dh bpe byk habiskan duit company...huhu
Bile kite yg berpenyakit nie mengandung memang kena lbh berhati2 masa mengandung senang sgt nk bleeding utk 3bln pertama dan terpaksa UPL sebulan..
Ishh byknye membebel plak papepun lbh berhati2 yea walaupun kite mampu buat sendiri baik minta tlg husband bantu..huhu

Azwa on July 24, 2012 at 3:54 PM said...

hi dear, actually dulu i follow ur blog pasal ideakahwin saya tu. & since knowing u r pregnant, sometimes i ada jugak drop by kat blog ni.
bila baca ur treatment, i sekarang cycle kedua untuk clomid. & i pun RU juga. tak sabar to get pregnant. apa-apa pun, kita berusaha, Allah menentukan.

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards