Powered by Blogger.

Monday, July 2, 2012

2nd check-up di hospital


Assalamualaikum little caliph

29 June 2012

Hari ni 2nd check-up di hospital dengan Dr. Norshida. dah masuk 3rd trimester, ibu kene pergi check-up setiap 2 minggu sekali. macam 1st check-up hari tu, ibu dan ayah ambil cuti sehari. malam tadi ibu dah siap basuhkan mitten, booties, socks, bonnet dan bibs kamu=) cuci tangan. ibu gunakan serbuk pencuci baju khas untuk bayi jenama Pureen ABD (powder). tapi ibu rasa sabun ni terlalu kuat. ibu letak sikit je sabun tu, tapi boleh buatkan tangan ibu berdarah dicelah2 kuku. lepas ni, ibu akan gunakan 1 lagi pencuci yg kami beli dari jenis liquid .. tengok mana yg lebih 'gentle' dengan cucian tangan.

Lepas solat Jumaat kami terus ke hospital. kali ni check-up just scan 2D saja. berat ibu bertambah 700g. tapi bila scan, berat kamu bertambah dari 1006g ke 1500g dalam masa 2 minggu. jadinya dari penambahan 700g berat itu, 500g itu datang dari kamu sedangkan berat ibu hanya meningkat 200g saja. sepatutnya mengikut formula kenaikkan berat badan ibu mengandung, berat ibu kene naik 1kg untuk 2 minggu. tapi doktor kata masih normal lagi.. Alhamdulillah..

tiada gambar scan utk kami simpan. 

ibu ada tanya pasal puasa. macam mana regim pemakanan untuk ibu bila berpuasa nanti. doktor nasihatkan selagi ibu tahan, ibu boleh berpuasa mcm biasa. ibu memang berazam nak puasa penuh tahun ni walaupun mengandungkan kamu. Nenek kata, kalau dari dalam rahim dah ajar anak puasa, insyaAllah, anak nanti pun kuat puasa. macam tulah yang nenek ajar ibu & adik2 ibu berpuasa. dari dalam rahim nenek dah biasakan. jadi semua adik-beradik ibu dah mampu berpuasa penuh dibulan Ramadhan sejak umur 6 tahun lagi.. Alhamdulillah..

doktor pesan untuk makan banyak ketika bersahur. minum air & susu dengan banyak. takut kekurangan air pula. tapi doktor pesan sekiranya ibu berpeluh, menggigil atau pening, ibu dinasihatkan utk berbuka puasa sebab itu menunjukkan bahawa paras gula dalam darah terlalu rendah dan akan buat kamu lemah. 

lepas check dengan doktor, ibu kena ambil daarah utk dihantar ke lab sebab result untuk Hepatitis B xde direkodkan dalam buku pink. ibu xpasti samada ibu memang xbuat ujian tu atau nurse di KIA lupa nak attached result darah untuk Hepatitis B.

lepas selesai urusan di hospital, ibu & ayah ke Jusco bersebelahan untuk lepak2 berdua kat Secret Recipe. kami juga beli beberapa helai baju kamu dan ampaian baju untuk jemur lampin2, baju2 barang2 kamu nanti..


ok sayang.. jgn nakal2 ye..

0 comments on "2nd check-up di hospital"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards