Powered by Blogger.

Friday, May 11, 2012

BSP & check up


Assalamualaikum little caliph,

Semalam ibu check BSP.. reading tak cantik sebab ada 1 yang ditulis dengan pen merah bermaksud melebihi bacaan maximum yang dibenarkan iaitu 6.7mmol/L sedangkan reading menunjukkan paras gula dalam darah ibu is 7.3mmol/L.

ok, let's review all the reading for yesterday (Khamis, 10 Mei 2012)..

8am

Ibu puasa start from the night before (10pm) - 5.2mmol/L
Ibu was so hungry that time so ibu bought 2 curry puffs at Medan Selera Tanglin. sampai office, ibu makan karipap tu dan minum air soya.

10am

ibu rasa akibat makan makanan manis pagi tu, maka reading ibu melonjak naik 7.3mmol/L. Sorry sayang.. eventho ibu tahu yg karipap dan soya bean tu adalah tak digalakkan dlm diet ibu sebab manis, tapi tekak ibu betul2 teringinkan 2 makanan tu..=(

2pm

this time, ibu betul2 dah risau sgt. so ibu tak pergi lunch dulu. ibu just alas perut dengan segelas susu anmum dan sepotong kek. after that ibu pergi round park sekejap. alhamdulillah, reading jadi 4.9mmol/L. lepas check, baru ibu pergi lunch makan nasi goreng ayam dengan senang hati=) dalam pukul 5 ptg, ibu makan lagi donut Krispy Kreme yang sememangnya manis. tapi ibu makan sikit je.. buat melepaskan rasa teringin tu..

8pm

Actually ibu had farewell dinner with my colleagues. Ayah cuti semalam sebab ayah baru je balik dari outstation dan sampai rumah lewat malam Rabu. Normally for last BSP reading, ibu akan ke pharmacy dekat rumah kita je. tapi sebab semalam ibu dari office terus ke Damansara untuk farewell dinner tu, jadi ibu singgah ke klinik kepunyaan suami kepada bos ibu. ibu ambik BSP reading di klinik tu je.. alhamdulillah, 4.9mmol/L.

Hari ini (Jumaat, 11 Mei 2012)

ibu jumpa doktor. as usual, kita dapat giliran pertama lagi=) biasalah bila ada reading merah, terpaksalah ibu repeat lagi BSP next week. doktor ada tanya pasal hospital mana ibu nak deliver kamu nanti. honestly, ibu dan ayah mmg dah choose Ampang Puteri but we haven't register yet.. planning next month baru pergi register. so, ibu just bagitau doktor yg kami belum pasti lagi between Hospital Ampang or Ampang Puteri. doktor kata since ibu ada GDM, ibu need to decide earlier sbb nanti senang klinik nak hantar any reference pasal kesihatan ibu kat hospital nanti.


oh ya, berat badan ibu naik 1 kg untuk 1 bulan menghampiri berat badan ibu sebelum pregnant. sekrang berat ibu 56.7kg. berat before pregnant 57kg. Hb ibu naik sikit berbanding last month. last month masa check up, Hb ibu mmg kat border line, 11.0. hari ni, alhamdulillah dah jadi 11.5. setakat ni Hb tak pernah lagi dibawah 11.0. moga2 berkekalan lah begitu..

Next week (Khamis, 17 Mei 2012) ibu kene buat BSP. ibu request kat ayah yg ibu nak beli glukometer. senang ibu boleh buat BSP sendiri.. tak perlu ulang alik klinik 3 kali sehari & 1 kali di pharmacy. Jumaat, 18 Mei 2012 pulak, ibu kene jumpa doktor untuk scan kamu.. harap semuanya normal.

so sayang, tolong ibu.. kita sama2 diet.. awak jgnlah selalu bagi ibu craving makanan manis-manis ye.. ini semua untuk kebaikkan kita bersama. see you on next friday=)

oh ya, start hari ni sampai Ahad ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley. ibu and ayah planning kat pergi esok. ada beberapa barang ibu nak tengok/beli=)


0 comments on "BSP & check up"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards