Powered by Blogger.

Wednesday, April 25, 2012

3rd scan & gender


Assalamualaikum Little Caliph..

Sorry for the long silence. eh, tapi kamu dengar kan hari2 ayah & ibu borak2 dengan kamu?

Alhamdulillah, kamu dah pun berusia 20 minggu 1 hari. half way to go sayang.. InsyaAllah, another 20 weeks sebelum kamu dilahirkan ke dunia yang penuh warna-warni ni.

a few weeks ago, ibu dah mula rasa pergerakan kamu di dalam rahim ibu. mula2 ibu xtahu pun sebenarnya rasa geli2 kat perut ni rupanya pergerakkan kamu. sampai bila doktor tanya dah rasa gerak2 tak, ibu jawab, saya pun xtahu.. bila doktor explain, barulah ibu tahu selama ni yg ibu rasa tulah pergerakkan kamu sebenarnya=) almaklumlah, xde pengalaman..

koleksi baju kamu semakin bertambah. ibu ingat nak lengkapkan baju kamu dengan memborong di Pureen Sales minggu lalu.. tapi bila fikir2 balik, macam xlarat pulak nak berpusu2. xpelah, ibu & ayah belikan kat mana2 kedai baby yg kami pergi je nanti.

Khamis minggu lepas, 19042012, ibu & ayah sengaja ambik cuti. kami ke Klinik Melati Utama. klinik ni aunt anum yg suggest sbb klinik tu makcik dia yg punya merangkap doktor disitu. ayah bila dengar je doktor perempuan muslim bertudung, laju je diberi kebenaran utk scan. actually, kami tak sabar nak tahu gender kamu.. 

ibu & Ayah dah setuju utk rahsiakan dulu jantina kamu sehingga kau dilahirkan nanti=)

Alhamdulillah, hasil scan, doktor kata semuanya nampak normal. air ketuban pun normal. tak terlalu banyak. doktor kata sbb ibu kawal GDM ibu and kene teruskan kawalan mcm ni sbb kalau air ketuban banyak, akan beri banyak effect pada kamu. berat dan tumbesaran kamu juga normal. ibu risau kamu menjadi bayi yg besar sbb ibu yg ada GDM ada kecenderungan bayi besar & tak boleh dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah, doktor kata setakat ini tumbesaran kamu sejajar dengan usia kamu & InsyaAllah, ibu boleh melahirkan kamu secara normal.

love you..

1 comments on "3rd scan & gender"

Ida on April 26, 2012 at 12:38 AM said...

sedang blogwalking then terhenti di sini. nice meet u. Best kan mengharungi precious moment tu. Rindu pulak saya..hehe..

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards