Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

The hidden journey : An additional chapter in life


Assalamualaikum little caliph..

Ibu baru tersedar, ibu xpernah ceritakan kepada kamu tentang 'perjalanan' yang terpaksa ibu & ayah lalui sebelum kami diberikan berita gembira mengenai kehadiran kamu. mungkin selama ni ibu rasa cerita itu tak perlu diperbesar2kan. tapi setelah berfikir dari pelbagai sudut, ibu rasa mungkin ibu patut ceritakan pada kamu supaya kamu sedar bahwa kehadiran kamu dalam hidup kami adalah satu perjalanan yang tak semua ibu & ayah didunia ini harus lalui & ia merupakan sesuatu yang amat berharga.

ibu & ayah berkahwin pada 1 Januari 2010. Ayah bekerja di Kratong, Pahang waktu itu sementara ibu di KL. Seminggu selepas majlis kahwin kami di kampung ayah, mak kepada ayah kamu iaitu nenek, meninggal dunia akibat strok. ia merupakan 1 tamparan hebat utk pasangan yang baru berkahwin seperti kami.

selepas sebulan kami kahwin, ayah ditukarkan ke HQ. dapatlah ibu & ayah tinggal bersama dirumah sewa kita tu. sebagai anak paling bongsu & rapat dengan arwah maknya, emosi ayah agak terganggu. setiap malam dia bangun utk buat tahlil & mengaji utk arwah nenek. waktu ini, kami tidak terlalu memikirkan soalan anak. bagi kami biarlah semua berlaku secara semulajadi. Maksudnya, kalau Allah beri, Alhamdulillah. kalau belum masanya lagi, kami tunggu.

Ibu dengan ayah mmg tak boleh lari dari soalan2 orang tentang anak. mmg letih dan kadang2 kehabisan jawapan utk diberikan. kadang2 ibu pun kesal kenapa mereka bertanyakan soalan2 begitu. seolah2 mereka mempersoalkan kerja Allah.

setahun berlalu. kami sambut 1st Anniversary dengan cara kami sendiri. seminggu lepas tu, atuk kat kampung buat kenduri arwah untuk arwah nenek. ibu tak tahu samada mereka memang sengaja membisikkan hal ini supaya didengari ibu atau mereka memang tidak sengaja melakukan hal itu.

"dah setahun arwah 'pergi'. dah setahunlah jugaklah budak ni kawin. tapi tak 'berisi-isi' lagi?"

Tapi apa hak ibu untuk marah balik pada mereka walaupun yang bercakap tu, orang yang lebih tua dari ibu? orang yang sepatutnya lebih mengetahui kuasa itu ditangan Allah?tapi ibu tidaklah berkecil hati sampai tidak mahu pulang ke kampung.

ibu still balik ke kampung sbb atuk kamu, ipar2 ibu (paklong & makngah Ima kamu) serta biras2 ibu (maklong & pakngah kamu) tak pernah sekalipun menyinggung perasaan ibu tentang hal ini. langsung tak pernah! kadang2 kalau saudara mara yg sibuk bertanya, mereka akan siap 'backup' ibu & ayah lagi.

kalau keluarga sebelah ibu pulak, jauh disudut hati ibu, ibu tahu nenek & tok abah kamu begitu mengharapkan kedatangan cucu sulung mereka. tapi mereka tidak pula memberi apape tekanan pada ibu & ayah. nenek rajin sangat buatkan air yaasin utk ibu & ayah. kadang2 nenek bekalkan air yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran. nenek juga ada mencadangkan beberapa nama tukang urut utk ibu pergi berurut. tapi ibu xde pun pergi berurut. tahlah, mungkin tak terbukak hati ibu nak berurut2 ni kot.

setelah setahun lebih usia perkahwinan, baru ibu & ayah discuss secara serius mengenai anak. Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha kami. kami dipertemukan secara maya dengan pasangan2 yang juga sedang berusaha utk memperolehi zuriat. dari situ, ibu & ayah memulakan langkah pertama kami untuk memulakan rawatan secara moden.

InsyaAllah, ibu akan ceritakan dengan lebih lanjut lagi nanti.. semoga kamu tidak bosan untuk terus membaca.

29032012

1 comments on "The hidden journey : An additional chapter in life"

makcik rokiah on March 30, 2012 at 11:48 AM said...

alhamdulillah :)

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards