Powered by Blogger.

Tuesday, March 6, 2012

BSP pertama kita


Assalamualaikum little caliph

Ingat x ibu promise nak cerita pasal result MGTT yang ibu buat pada 28 Februari lepas? keesokkan harinya tu, pagi2 nurse call ke office ibu. nurse kata dorang suspect ibu ada GDM sbb reading MGTT agak tinggi iaitu 4.4mmol/L sebelum minum air gula dan 8.8mmol/L selepas minum air gula. Kata nurse tu, sepatutnya untuk ibu mengandung, keputusan MGTT seharusnya kurang dari 6.0mmol/L.

jadi ibu kene buat 1 lagi ujian yg dikenali sebagai Blood Sugar Profile (BSP) pada 1 Mac 2012. Nurse tu terangkan procedure untuk buat BSP ni. sekali lagi ibu kene puasa bermula pukul 10 malam.

nasib baik bos ibu, Ms. Nancie, sangat bertolak ansur orangnya. Ibu tak perlu ambil cuti. Hanya keluar utk 15 minit untuk buat BSP di KIA Tanglin tu.

Malam itu, ayah belikan ibu roti wholemeal & butter Mother’s Choice di 7Eleven sbgai bekal utk ibu masa buat BSP nanti.

Jadi, bacaan untuk BSP ibu pada hari tu ialah,

Jam 8 pagi setelah berpuasa sejak pukul 10malam hari sebelumnya ialah 5.4mmol/L. Lepas buat BSP di KIA Tanglin, nurse minta ibu pergi ke Unit Patologi untuk ambik darah. Katanya untuk check kandungan darah ibu samada ibu mmg menghidap diabetis 3 bulan sebelum pregnant atau hanya ketika pregnant sahaja. Lepas dah ambil darah, baru boleh makan.

Lama ibu tunggu giliran di Unit Patologi sampai ibu rasa pening sbb lapar. Nombor giliran ibu ialah 4071. Maknanya ibu kene tunggu lagi 70 orang sebelum tiba giliran ibu. Last2 ibu pergi juga ke kaunter minta skip giliran sbb ibu dah pening tahan lapar. Nak tahu, orang kaunter kata utk ujian darah yg ibu akan buat ni, ibu tak perlu puasa! Haih~

Terus ibu pergi ke kereta & menikmati bekalan roti & butter yg ayah belikan malam sebelumnya. Makan dalam kereta je. On aircond & radio sambil rehat2 dalam kereta kejap.

Bila ibu kembali ke Unit Patologi, nombor giliran baru sampai 4051 padahal masa tu sudah pukul 10 pagi. Tiba2 nombor tu skip terus ke giliran ibu 4071! Rupanya baru ibu faham, mmg dah ditetapkan jam 10 pagi utk orang yg buat BSP. Nurse kat KIA tu xterangkan pun kat ibu. Dia hanya kata ambil darah dulu baru pergi makan! Lepas 2 jam makan, baru ambil bacaan BSP yang ke 2.
Sekejap je ambil darah di unit patologi tu. Disebabkan ibu baru makan jam 9.15, jadi ibu kene buat BSP ke 2 pukul 11.15 lah. So, ibu decided utk balik ke office dulu. Pukul 10.15 ibu dah sampai office.

Pukul 11, ibu ke KIA Tanglin utk BSP ke 2. Nurse pelik juga sbb sepatutnya ibu kena datang jam 10pagi. Tapi lepas ibu terangkan yang ibu hanya dapat makan pukul 9.15, so ibu datanglah 2 hours after that, kan?

BSP ke 3 pukul 2 petang. Untuk BSP yang ke 4 & terakhir ialah pukul 8 malam. Masa ni KIA dah tutup tapi ibu boleh pergi buat BSP di farmasi. Tapi ibu tak tahu farmasi mana yg ada buat glucose test.

Petang tu hujan lebat. Kesian ayah balik basah kuyup sbb ayah bawa motor. Ayah balik rumah dulu untuk ambil kereta sebab ayah nak pergi cari farmasi mana yang boleh buat glucose test tu. Lastly jumpa juga farmasi depan rumah kita yg bersebelahan dengan Pizza Hut Delivery tu.

Nasib baik ibu sempat sampai rumah sebelum kul 8 malam. Biasanya kalau hujan, jalan jammed. So, lepas solat maghrib, ayah bawa ibu pergi farmasi utk ambik reading BSP terakhir ibu.

So, inilah reading BSP ibu utk hari tu.

8 pagi : 5.4mmol/L

11.15 pagi (sepatutnya kene ambil pukul 10 pagi) : 5.1mmol/L (masa ni nurse tanya ibu ada makan tak. Ibu kata ada. Ibu makan roti dengan butter dalam kereta)

2 petang : 5.3mmol/L

8 malam (test di farmasi) : 4.1mmol/L

Alhamdulillah.. ibu lega sangat bila keempat2 bacaan BSP ibu kurang dari 6mmol/L. lepas keluar dari farmasi, ibu & ayah pergi dinner makan nasi lemak kukus ayam goreng dengan berselera & lazat sekali.

Stress relieved!

Kami sangat risau kalau ibu tak dapat control gula dalam darah ibu, nanti akan effect pada kamu. Mudah2an semuanya akan ok dan dipermudahkan Allah. Amin.

0 comments on "BSP pertama kita"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards