Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

The hidden journey : An additional chapter in life

1 comments
Assalamualaikum little caliph..

Ibu baru tersedar, ibu xpernah ceritakan kepada kamu tentang 'perjalanan' yang terpaksa ibu & ayah lalui sebelum kami diberikan berita gembira mengenai kehadiran kamu. mungkin selama ni ibu rasa cerita itu tak perlu diperbesar2kan. tapi setelah berfikir dari pelbagai sudut, ibu rasa mungkin ibu patut ceritakan pada kamu supaya kamu sedar bahwa kehadiran kamu dalam hidup kami adalah satu perjalanan yang tak semua ibu & ayah didunia ini harus lalui & ia merupakan sesuatu yang amat berharga.

ibu & ayah berkahwin pada 1 Januari 2010. Ayah bekerja di Kratong, Pahang waktu itu sementara ibu di KL. Seminggu selepas majlis kahwin kami di kampung ayah, mak kepada ayah kamu iaitu nenek, meninggal dunia akibat strok. ia merupakan 1 tamparan hebat utk pasangan yang baru berkahwin seperti kami.

selepas sebulan kami kahwin, ayah ditukarkan ke HQ. dapatlah ibu & ayah tinggal bersama dirumah sewa kita tu. sebagai anak paling bongsu & rapat dengan arwah maknya, emosi ayah agak terganggu. setiap malam dia bangun utk buat tahlil & mengaji utk arwah nenek. waktu ini, kami tidak terlalu memikirkan soalan anak. bagi kami biarlah semua berlaku secara semulajadi. Maksudnya, kalau Allah beri, Alhamdulillah. kalau belum masanya lagi, kami tunggu.

Ibu dengan ayah mmg tak boleh lari dari soalan2 orang tentang anak. mmg letih dan kadang2 kehabisan jawapan utk diberikan. kadang2 ibu pun kesal kenapa mereka bertanyakan soalan2 begitu. seolah2 mereka mempersoalkan kerja Allah.

setahun berlalu. kami sambut 1st Anniversary dengan cara kami sendiri. seminggu lepas tu, atuk kat kampung buat kenduri arwah untuk arwah nenek. ibu tak tahu samada mereka memang sengaja membisikkan hal ini supaya didengari ibu atau mereka memang tidak sengaja melakukan hal itu.

"dah setahun arwah 'pergi'. dah setahunlah jugaklah budak ni kawin. tapi tak 'berisi-isi' lagi?"

Tapi apa hak ibu untuk marah balik pada mereka walaupun yang bercakap tu, orang yang lebih tua dari ibu? orang yang sepatutnya lebih mengetahui kuasa itu ditangan Allah?tapi ibu tidaklah berkecil hati sampai tidak mahu pulang ke kampung.

ibu still balik ke kampung sbb atuk kamu, ipar2 ibu (paklong & makngah Ima kamu) serta biras2 ibu (maklong & pakngah kamu) tak pernah sekalipun menyinggung perasaan ibu tentang hal ini. langsung tak pernah! kadang2 kalau saudara mara yg sibuk bertanya, mereka akan siap 'backup' ibu & ayah lagi.

kalau keluarga sebelah ibu pulak, jauh disudut hati ibu, ibu tahu nenek & tok abah kamu begitu mengharapkan kedatangan cucu sulung mereka. tapi mereka tidak pula memberi apape tekanan pada ibu & ayah. nenek rajin sangat buatkan air yaasin utk ibu & ayah. kadang2 nenek bekalkan air yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran. nenek juga ada mencadangkan beberapa nama tukang urut utk ibu pergi berurut. tapi ibu xde pun pergi berurut. tahlah, mungkin tak terbukak hati ibu nak berurut2 ni kot.

setelah setahun lebih usia perkahwinan, baru ibu & ayah discuss secara serius mengenai anak. Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha kami. kami dipertemukan secara maya dengan pasangan2 yang juga sedang berusaha utk memperolehi zuriat. dari situ, ibu & ayah memulakan langkah pertama kami untuk memulakan rawatan secara moden.

InsyaAllah, ibu akan ceritakan dengan lebih lanjut lagi nanti.. semoga kamu tidak bosan untuk terus membaca.

29032012

Wednesday, March 28, 2012

Doa kandungan 4 bulan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


“Aku berlindung kepada Allah dari syaitan terkutuk. Dengan menyebut nama Allah, demi Allah, dari Allah dan kepada Allah, dan tiada kejayaan selain Allah, tidak akan boleh lari seseorang yang lari dari jalan Allah, Dia Hidup Kekal, lagi terus-menerus mengurus makhlukNya. Aku berlindung kepada Allah yang Mahalembut dan Maha Memelihara untuk kehamilan ini yang telah mencapai empat bulan, (Dia-lah) Allah yang tiada tuhan selainNya, Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

“Kami pun memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah Yang Mahasempurna, dengan nama-namaNya Yang Mahaagung, ayat-ayatNya yang mulia, dan huruf-hurufNya yang memberi keberkahan, dari kejahatan manusia dan jin, dari tipu daya di waktu siang dan malam, juga di semua waktu, dari segala fitnah, bala’, dan kemaksiatan, dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada bahul-bahul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.”

“Ya Allah, jadikanlah ia anak yang soleh lagi mulia, sempurna, berakal, alim, menebarkan manfaat, membawa keberkahan dan bijaksana. Ya Allah, hiasilah ia dengan akhlak yang mulia, bentuk tubuh yang indah, mempunyai keteguhan, kehormatan, paras yang baik, dan jiwa yang suci.”

“Ya Allah, catatlah ia ke dalam golongan ulama yang soleh, para penghafal Al-Quran yang ahli mengamalkan (kandungan Al-Quran), menuju syurga, bersama para nabi, wahai Dzat Yang Mahamulia dan Pemurah, dan sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

“Ya Allah, kurniakanlah kepadanya dan ibunya ketaatan yang Engkau terima, zikir kepada-Mu, syukur kepada-Mu, ibadah yang baik yang Engkau redhai, dan peliharalah ia dari keguguran, kekurangan, kecatatan, keretakan, dan bentuk yang buruk sampai akhirnya dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan sihat walafiat, mudah dan lancar, tanpa kesakitan, kepayahan dan kesulitan dengan syafa’at junjungan kami Nabi Muhammad SAW. “

Amin..

Monday, March 26, 2012

16 minggu

2 comments
Assalamualaikum little caliph

Esok kamu akan masuk 16 minggu. Sabtu & Ahad lepas ibu balik ke kampung ayah. sampai hari ni still terasa letih walaupun xdelah buat kerja apa sangat compared dengan ayah yg mencangkul tanam rumput kat halaman rumah atuk. tambah lagi ayah yg drive. dahlah kita berulang alik ke Hospital Slim River utk melawat Nek Long kamu yg sakit.

lately ni ibu senang sangat rasa panas & berpeluh2. kat office ni, uncle Albert tolong ibu pasangkan 1 kipas extra kat bilik ibu padahal dah ada pun air-cond sebijik. ibu pun xtahu kenapa. perubahan hormon mungkin. ibu dah on air-cond sampai paling sejuk pun ibu stil boleh berpeluh2 panas. bila dah panas, mulalah badan rasa xselesa, pening & letih.

semalam, seharian di kampung, seharian jugak ibu sakit kepala. dah duduk depan kipas, still panas. lepas ini ibu rasa mungkin ibu dah tak ikut ayah balik ke kampung selalu kot. setakat sebulan sekali or 2 bulan sekali, ok kot. Dari KL sampai ke kampung, ibu muntah. balik dari kampung pun, ibu muntah. walau pun muntah tu nampak simple pada kebanyakkan orang, tapi bagi ibu, ia sangat menyakitkan. senak bahagian ari-ari. bila senak, ibu jadi risau bagaimana keadaan kamu di dalam perut ibu ni.

ibu ingat mahu ambil half day arini tapi kerja ibu banyak pulak. lagi2 bos ibu akan berangkat ke Bali secara tergesa2. jadi ibu kene siapkan kerja & bagi dia signed before dia g Bali.

Lagi 2 minggu, kita ada check-up. 16 April nanti, InsyaAllah, kita jumpa.. doktor nak scan kamu=)

260312

Thursday, March 22, 2012

Dr.Brown's vs. TommeeTippee

0 comments
Assalamualaikum little caliph,

since last week, ibu dah berangan2 nak start beli barang2 untuk kamu. but seriously, ibu sangat2 blur xtahu nak beli apa dulu. ibu mmg nak sangat2 breastfeed kamu secara exclusive at least for the first 6 months and continue with other nutritious foods up to 2 years. so, the first thing yang ibu rasa ibu patut beli ialah barangan keperluan untuk breastfeeding. 

ibu start google and tiba2 teringat kat kawan ibu masa di U dlu, your aunt Anum yg baru bersalin baby boy November last year. ibu terus msg dia but she didn't reply immediately. ibu mmg expect Aunt Anum would't reply immediately as she is busy with her baby, Masters thingy and her business.

so, ibu & ayah spend time last Sunday utk tgk2 barang utk kamu. ibu wish to buy bottle from TommyTippee sbb ibu tgk banyak good review and recommendation for this brand. ibu terus discuss dengan ayah. and guess what? your ayah pun rupanya buat research jugak & he opt for Dr.Brown's. so, we agreed on Dr.Brown's. but in the end, we didn't buy anything yet because tiba2 kat kedai, confuse nak ambik botol size ape.. hehehe..

Ayah kata dia suka Dr.Brown's sbb sistem pengaliran udara & susu dalam botol tu.


Last Tuesday, ibu got reply from Aunt Anum. this is her opinion,


cik ct,botol2 ni xyah bli dlu pon xpe sbb nnti after dh deliver br bli online je sbb hrga online lg murah..anum slalu shopping kt littlewhiz.com n brg2 quality n cpat je smpai..some more botol org ske bg hadiah..so hold dlu la botol n breastpump tu..if nk bli pon breastpump tu cr yg murah2 mcm anakku manual utk blaja2 pumping n stimulate susu time lepas bersalin..anum pkai medela harmony yg manual.so far ok n slesa,agak pricey breastpump ni thats y anum bli manual je,,

breastpump boleh bli kt onebabyworld taman permata,die ade online gak tp kalo pg kdai die ni lg la syok..hehehe..


b4 brsalin ni bli brg2 asas je dlu,baju (kaler2 yg xkesah baby girl @ boy boleh pkai eg kuning,ijau,putih)..changing mats,toiletries yg kcik2 je sbb nnti konpem byk dpt hamper, baby cot,carseat (ni penting gler),bath tub,mitten n booties (mitten xyah byk2 sbb kejap je pkai), byk sgt bende nk share dgn cikct sbb byk bnde yg anum termiss sbb skrg baru tau itu ini..ape perlu n ape xperlu..



Ibu ingat ahad ni nak ajak ayah ke onebabyworld kat Taman Permata tu untuk cari basic things utk kamu mcm napkins, mitten, booties, bath tub and sedikit baju since kami belum tahu lagi gender kamu, so we will buy color2 for unisex.. but ayah had other plan for this week.. so, kita postponed next week ye sayang.. jgn merajuk ye..


ibu had an idea to do kenduri doa selamat masa kamu 7 bulan nanti. ibu ingat nak buat kat rumah baru kita tu. tapi ibu belum discuss dengan ayah lagi. ibu pun dah lama xtgk rumah kita.. ayah je yg selalu pergi. ibu really hope by the time, rumah tu dah betul2 ready for the kenduri. 


ibu ada jugak terfikir nak berpantang di rumah kita tu nanti. maybe for the first and second week kita berpantang dirumah nenek dulu,then baru berpantang kt rumah baru kita. ini pun ibu belum discuss lagi.. tiba2 baru terfikir hal ni malam tadi. InsyaAllah, ibu akan discuss dengan ayah nanti. sekarang ayah kamu berada di Segamat atas urusan kerja selama 3 hari & ayah akan balik malam nanti.. rindu ayah x?=)

Saturday, March 17, 2012

Petua mudah bersalin/beranak

1 comments
Assalamualaikum little caliph,

Ada kawan ibu sharekan petua untuk mudah bersalin. jadi ibu letakkan disini untuk rujukan ibu & mungkin utk rujukan kamu dimasa hadapan. kalau kamu dilahirkan perempuan, mudah utk kamu jadikan rujukan. tapi kalau kamu dilahirkan lelaki, kongsi & ajarilah petua ni kepada isteri kamu nanti.

Start minggu 28 (7bulan):



1.Banyak memohon maaf dari suami. Doa dan keredhaan suami juga petua mudah bersalin.

2. Start minum air kelapa bulan ketujuh. Biasanya dia minum air lebihan minuman suami.
3. Amalkan makan buah kurma, untuk tenaga.
4. Rajin belai janggut suami.
5. Sapu minyak kelapa di area perinium, dan minum sesudu sehari minyak tu (amalkan 3 kali seminggu bagi bulan ketujuh hamil, tapi setiap hari bila dah masuk bulan ke 9)
6. Amalkan makan sayur bendi. Baby mudah keluar.
7. Amalkan bacaan surah maryam dan Yassin - kalau rajin, hari-hari la buat.
8. Minum susu kambing + kurma.. nak elak baby kena jaundis..



Senaman :
1. Berjalan kaki 30 minit sehari. Buat la lebih. Kalau suka, naik turun tangga.. jangan guna lif.
2. Senaman kegel.. kemut otot sekeliling vagina - ini menguatkan otot ( kemut dalam kiraan 1 hingga 4 then lepas.. buat di mana-mana saja.. orang bukan tau...)
3. Pelvic tilt or angry cat - merangkak, pastu tahan nafas dengan ketatkan otot perut, sambil lengkungkan belakang badan. ulang beberapa kali.
4. Squat - mencangkung lepas tu berdiri. Teknik berulang kali. buat latihan perlahan-lahan, kalau tak mampu, kena ada kerusi atau dinding tempat memegang sebelum berdiri.



Dah masuk minggu 38 (dikira bila-bila masa bersalin)
1.Kerap lagi berjalan.
2. Selalu 'bersama' dengan suami. Air mani merupakan induce cara semulajadi paling mujarab.
3.Selalu makan telur separuh masak
4. Makan ketam masak lemak.. yang ni petua orang.. tak tau apa kaitannya ketam dengan mudah bersalin.
5. Tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan..
6. Surah Al - Insyiqaq (ayat 1-4)
7. Surah Abasa (ayat 20)
8. Surah An-Nahl (ayat 78)
9. Baca Doa = " Robbi Yassir Wa La Tuassir Robbi Tammim Bilqoir"
10 Baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Mussowir.
11. Kerap buat squatting dan senaman duduk bersila atas lantai dengan tapak kaki bertemu.



Ketika saat menahan sakit kontraksi:
1. Tarik nafas dengan hidung ketika kontraksi melanda, lepas dengan mulut cepat-cepat (huf..huf..)
2. Minum milo + telur mentah (sambil selawat, al-Fatihah, doa nabi Yunus)
3. Kalau masih mampu, mandi, minum air hujung basuhan rambut.
4. Jalan dah bukak 4cm atau lebih kurang minum air selusuh yang suami buatkan.
5. Teran cuma bila dah bukak 10cm, jangan angkat punggung, kontraksi kuat je, teran dengan kiraan 1 hingga 10... kalau nafas panjang, sampai habis kiraan yang mampu...

17032012@16:10

Friday, March 16, 2012

Jumpa pakar & dietitian

0 comments
Assalamualaikum little caliph,

Sekarang kamu berusia 14 minggu dan digambarkan sebesar sebiji lemon!


Ingat x ibu ada bagitau kamu yg ibu akan berjumpa pakar pada 12 March 2012? so, ibu dah berjumpa dengan pakar. sebelum tu, macam biasa ibu kene timbang & diambil bacaan utk glucose. nurse kata xyah check Hb sebab baru minggu lepas check and the result is good, 12.6. Alhamdulillah.

Mula2 timbang, nurse dapat reading 53.8kg. ibu terkejut sbb ibu tahu berat ibu turun 1.1kg. but bila ibu tengok reaction nurse mcm ok je, so ibu pun rileks la. bila tiba je nak tulis kat buku, baru nurse tu perasan berat ibu turun teruk dalam masa seminggu! lepas tu nurse mintak ibu pergi timbang sekali lagi. kali ni nurse kata 54.1kg. so, berat ibu turun 0.8kg.

Masa masuk dalam bilik jumpa pakar, ibu bagi tau yg ibu baru je stop vomit untuk 2 hari sebelum tu. hope the all-time sickness tu dah beransur pulih lah. but stil, selera makan ibu masih teruk. semua makanan ibu rasa xlalu nak makan. pakar tu advise utk ibu mengambil makanan yang sedikit dalam satu2 masa tapi kene makan dengan kerap.

pakar tu jugak check ketinggian rahim dan samada kamu membesar seperti yang sepatutnya atau tidak. Alhamdulillah, ketinggian rahim ibu normal sejajar dengan perkembangan kamu.

lepas tu ibu kene berjumpa dengan dietitian yang sepatutnya ibu jumpa hari rabu 14.3.12. tapi sebab masa tu xde orang yang jumpa dietitian, jadi nurse suruh ibu jumpa dietitian sekali gus. masa ni ibu terus sms bos ibu utk bagitahu ibu terpaksa ambil cuti half day hari tu.

jumpa dietitian, dia kata BSP ibu ok, cuma masa minum air gula tu bacaan 8.8mmol/L. sepatutnya xlebih dari 7.8mmol/L. hehehe.. hari tu nurse kata kene kurang dari 6mmol/L. so ibu ikut kata dietitian lah=)

biasa je penerangan dia. dia bagi ibu brochure piramid makanan & explained. dengar je lah.

next appointment adalah 4 minggu dari hari tu. BSP pun pakar dah suruh jarakkan ke 4 minggu since bacaan cantik. let's gain more weight & maintain the BSP reading ye sayang..=)


16032012 @ 12.15pm

Saturday, March 10, 2012

2nd BSP

0 comments
9 March 2012

Hari ni ibu kene buat BSP kali ke 2. Alhamdulillah, bacaan nurse kata ok.

8.00 pagi : 5.4mmol/L
10.00 pagi : 5.6mmol/L
2.45 ptg : 5.9mmol/L (sepatutnya pukul 2 ptg tapi sebab hari ni Jumaat, klinik rehat sampai 2.45 ptg)
8 malam : 4.4mmol/L

Isnin depan ibu kene jumpa pakar pukul 10 pagi & Rabu pulak kena jumpa dietitian. Ibu harap ibu dapat maintainkan reading BSP ibu bawah 6 mmol/L. and untuk 2nd MGTT, ibu harap reading ibu tak tinggi. So that ibu xperlu ulang-alik buat BSP lagi.


kita tunggu apa kata pakar, ye..


oh ya, ada motherhood expo kat Mid Valley 3 hari ni. tapi ibu rasa ibu mcm xlarat nak redah lautan manusia kat sana. nanti mesti sakit kepala bersesak2. walaupun dalam hati mmg teringin sangat nak membeli barang2 untuk kamu.. kita buat list dulu ya..

Friday, March 9, 2012

Morning Sickness?

0 comments
Assalamualaikum little caliph

Setiap ibu yang mengandung, mesti tak lari dari pertanyaan pasal morning sickness. tapi pada ibu, ibu bukan kene morning sickness tapi 'all time sickness'. sebab alahan mengandungkan kamu akan datang xkira masa.

sebelum tahu ibu mengandung, ayah kamu asyik demam je setiap malam. tapi waktu siang sihat pulak. ibu pulak sakit gigi berdenyut2 tapi bila check satu-satu, semua gigi ok. gusi pun sihat. lepas doktor sahkan ibu pregnant 4 minggu lebih, ayah yang mula2 dulu kene 'alahan'. badan ayah rasa xselesa, tidur awal (iyelah, masih lagi demam malam), kurang selera makan. nenek kata ayah kene 'alahan' bini mengandung.

wah.. ibu happy betul masa tu sbb ibu sihat dan alhamdulillah, selera je makan. jadi ibu fikir, elok utk kita sebab ibu boleh makan semua makanan yang berkhasiat untuk kamu. dengan gembiranya meneguk susu utk bekalan kalsium kamu. kebetulan ibu mmg sukakan susu sejak dari kecil lagi. susu segar yg baru diperah dari lembu pun ibu boleh minum walaupun ada yg kata lebih rela minum susu segar dalam kotak sbb susu segar lembu ni bau hanyir.

tapi sebaik saja masuk minggu ke 8, ayah dah sihat. ibu pulak yg dah start vomit, pening2, mual.. time ni mmg ibu dah tak buat kerja-kerja rumah.. semua ayah yang buatkan. even angkat pinggan kotor pun ayah xbagi ibu angkat. katanya pinggan tu berat.. hehehe..rasa macam puteri raja je, kan?

masuk minggu ke 10, ibu baru tahu punca ibu vomit hampir setiap hari. puncanya ialah SUSU.. kalau ibu xminum susu hari tu, ibu xakan muntah. jadi ibu stop minum susu. tapi hanya untuk 2 minggu je.. lepas tu, xkira dah minum susu atau tak, ibu tetap vomit.

ibu mmg xlalu nak makan nasi. yang ibu berselera makan ialah aiskrim Solero. so, no wonder lah kan result MGTT ibu tinggi.

Alhamdulillah, masuk 2nd trimester ni, muntah dah berkurangan, susu pun ibu dah boleh minum. selera makan pun dah ok sikit. ibu harap next check-up berat akan naik mcm yang sepatutnya.

Wednesday, March 7, 2012

jumpa doktor

0 comments
Assalamualaikum little caliph..

hope u're doing well inside my womb.. 

5 March 2012

Ibu & ayah went to KIA Tanglin because we had an appointment with the doctor. most of my friends cakap kat ibu dorang buat check up kat klinik gomen, jumpa doktor bila dah dalam 3rd trimester. so, kita stil in 1st trimester (penghujunglah sbb kamu dah 12 minggu waktu tu). ibu rasa because of the GDM lah sayang.. doktor nak monitor kita kot..

ibu & ayah sampai before 730am. unfortunately, we get nombor 2 sbb dah ada sorang patient datang awal sikit dari kita. so, rutinnya ialah kene ambik urine dulu. bila nurse panggil, kene timbang berat badan. guess what? berat kita turun lah sayang. from 56.1 to 54.9. we lost 1.2kg in a month! haruslah ibu bersoal jawab kejap dengan nurse. then check Hb level. alhamdulillah, 12.6. kene check glucose lagi.. alhamdulillah, 4.7mmol/L. syukur sangat stil below 6mmol/L.

bila masuk jumpa doktor, doktor puji BSP kita. Cantik katanya. so, dia pesan utk teruskan control paras glucose ni. dia advice untuk jumpa dietitian so we could learn more details pasal pola pemakanan kita nanti. doktor ada check badan ibu. check perut & kaki sama mcm pertama kali ibu buat check up dulu.

by the way, kita kene buat sekali lagi BSP just utk monitoring purpose only. so, next BSP will be on this Friday, 9 March 2012. on next monday, 12.3.12, we have an appointment with pakar.

let's pray together agar dipermudahkan urusan & semuanya yg baik-baik saja..

=)

Tuesday, March 6, 2012

BSP pertama kita

0 comments
Assalamualaikum little caliph

Ingat x ibu promise nak cerita pasal result MGTT yang ibu buat pada 28 Februari lepas? keesokkan harinya tu, pagi2 nurse call ke office ibu. nurse kata dorang suspect ibu ada GDM sbb reading MGTT agak tinggi iaitu 4.4mmol/L sebelum minum air gula dan 8.8mmol/L selepas minum air gula. Kata nurse tu, sepatutnya untuk ibu mengandung, keputusan MGTT seharusnya kurang dari 6.0mmol/L.

jadi ibu kene buat 1 lagi ujian yg dikenali sebagai Blood Sugar Profile (BSP) pada 1 Mac 2012. Nurse tu terangkan procedure untuk buat BSP ni. sekali lagi ibu kene puasa bermula pukul 10 malam.

nasib baik bos ibu, Ms. Nancie, sangat bertolak ansur orangnya. Ibu tak perlu ambil cuti. Hanya keluar utk 15 minit untuk buat BSP di KIA Tanglin tu.

Malam itu, ayah belikan ibu roti wholemeal & butter Mother’s Choice di 7Eleven sbgai bekal utk ibu masa buat BSP nanti.

Jadi, bacaan untuk BSP ibu pada hari tu ialah,

Jam 8 pagi setelah berpuasa sejak pukul 10malam hari sebelumnya ialah 5.4mmol/L. Lepas buat BSP di KIA Tanglin, nurse minta ibu pergi ke Unit Patologi untuk ambik darah. Katanya untuk check kandungan darah ibu samada ibu mmg menghidap diabetis 3 bulan sebelum pregnant atau hanya ketika pregnant sahaja. Lepas dah ambil darah, baru boleh makan.

Lama ibu tunggu giliran di Unit Patologi sampai ibu rasa pening sbb lapar. Nombor giliran ibu ialah 4071. Maknanya ibu kene tunggu lagi 70 orang sebelum tiba giliran ibu. Last2 ibu pergi juga ke kaunter minta skip giliran sbb ibu dah pening tahan lapar. Nak tahu, orang kaunter kata utk ujian darah yg ibu akan buat ni, ibu tak perlu puasa! Haih~

Terus ibu pergi ke kereta & menikmati bekalan roti & butter yg ayah belikan malam sebelumnya. Makan dalam kereta je. On aircond & radio sambil rehat2 dalam kereta kejap.

Bila ibu kembali ke Unit Patologi, nombor giliran baru sampai 4051 padahal masa tu sudah pukul 10 pagi. Tiba2 nombor tu skip terus ke giliran ibu 4071! Rupanya baru ibu faham, mmg dah ditetapkan jam 10 pagi utk orang yg buat BSP. Nurse kat KIA tu xterangkan pun kat ibu. Dia hanya kata ambil darah dulu baru pergi makan! Lepas 2 jam makan, baru ambil bacaan BSP yang ke 2.
Sekejap je ambil darah di unit patologi tu. Disebabkan ibu baru makan jam 9.15, jadi ibu kene buat BSP ke 2 pukul 11.15 lah. So, ibu decided utk balik ke office dulu. Pukul 10.15 ibu dah sampai office.

Pukul 11, ibu ke KIA Tanglin utk BSP ke 2. Nurse pelik juga sbb sepatutnya ibu kena datang jam 10pagi. Tapi lepas ibu terangkan yang ibu hanya dapat makan pukul 9.15, so ibu datanglah 2 hours after that, kan?

BSP ke 3 pukul 2 petang. Untuk BSP yang ke 4 & terakhir ialah pukul 8 malam. Masa ni KIA dah tutup tapi ibu boleh pergi buat BSP di farmasi. Tapi ibu tak tahu farmasi mana yg ada buat glucose test.

Petang tu hujan lebat. Kesian ayah balik basah kuyup sbb ayah bawa motor. Ayah balik rumah dulu untuk ambil kereta sebab ayah nak pergi cari farmasi mana yang boleh buat glucose test tu. Lastly jumpa juga farmasi depan rumah kita yg bersebelahan dengan Pizza Hut Delivery tu.

Nasib baik ibu sempat sampai rumah sebelum kul 8 malam. Biasanya kalau hujan, jalan jammed. So, lepas solat maghrib, ayah bawa ibu pergi farmasi utk ambik reading BSP terakhir ibu.

So, inilah reading BSP ibu utk hari tu.

8 pagi : 5.4mmol/L

11.15 pagi (sepatutnya kene ambil pukul 10 pagi) : 5.1mmol/L (masa ni nurse tanya ibu ada makan tak. Ibu kata ada. Ibu makan roti dengan butter dalam kereta)

2 petang : 5.3mmol/L

8 malam (test di farmasi) : 4.1mmol/L

Alhamdulillah.. ibu lega sangat bila keempat2 bacaan BSP ibu kurang dari 6mmol/L. lepas keluar dari farmasi, ibu & ayah pergi dinner makan nasi lemak kukus ayam goreng dengan berselera & lazat sekali.

Stress relieved!

Kami sangat risau kalau ibu tak dapat control gula dalam darah ibu, nanti akan effect pada kamu. Mudah2an semuanya akan ok dan dipermudahkan Allah. Amin.

Saturday, March 3, 2012

air gula?

0 comments
Assalamualaikum little caliph

Firstly, ibu nak ucapkan terima kasih sbb kamu sgt behave on the day ibu kene buat MGTT. Ibu berjaya utk tidak muntah. Tapi gagal untuk tidak merasa sakit kepala & tidur.

Mula2 ibu kene puasa dari makan & minum bermula dari pukul 10 malam hari sebelum MGTT dibuat. Tapi ibu ada minum air zamzam pagi2 tu sebelum ke klinik. Dahaga. Kali ini ibu tak perlu drive sbb ayah ada temankan kita. Jadi kita berdua dok berehat je melihat ayah mengharungi kesesakan lalulintas pagi2 buta di tgh2 KL ni.

Sampai klinik, ibu harus ke makmal patologi untuk ambik darah. Dalam 5ml darah diambil. Lepas tu, terus kena minum air glucose yang pekat. Ibu selalu dengar orang kata air glucose tu sangat tak sedap & mereka ambil masa lama utk habiskan air tu. Tapi, waktu tu ibu memang dahaga betul, sampaikan ibu minum laju mcm minum air masak je. nurse pun terkejut sbb cepat betul ibu habiskan. Oh ya, ibu minum depan nurse. Memang nurse paksa minum depan dia, jadi xdapatlah nak mengelat kan?

Lepas minum air gula rupanya kene puasa lagi. ibu ingat dah boleh makan. Baru nak ajak ayah pergi makan Ikan Bakar Pak Din kat Medan Selera Tanglin tu. Bila dah xboleh makan tu, ibu ingat nak balik rumah & tidur. Tapi nurse tak bagi kita balik. Bertapa lah ibu & ayah kat klinik tu selama 2 jam. Nasib baik ada ayah temankan.

Masa menunggu tu, ibu rasa perut ibu dah masuk angin menahan lapar. Kesian kamu terpaksa berlapar sama. ada waktu ibu rasa nak muntah. Tapi nasib baik dapat tahan sebab ibu tak mahu ulang lagi minum air glucose tu.

Lepas 2 jam, darah ibu diambil lagi. kuantiti yg sama masa mula2 ambil tadi. Sbnrnya prosedur ni adalah untuk melihat tindakbalas air glucose tadi dalam darah. Kalau ibu makan atau minum, nanti bacaan dia akan ralat sbb mungkin darah bertindak balas dengan glucose dalam makanan tadi. Oh ya, air glucose tu biasanya dibancuh mengikut sukatan yg sama sbb mereka mahukan kepekatan glucose yg sama.

Ibu & ayah terus pergi ke kafe di Memorial Tun Razak untuk makan. Ibu mmg dah xlalu lah nak makan. Perut masuk angin. Ibu hanya makan sandwich je. ayah je yang makan nasi. Kesian ayah, ayah pun puasa sama macam kita tau.

Kita terus balik rumah. Kat rumah ibu hanya berehat saja menghilangkan rasa pening akibat lambat makan.

Nanti ibu akan ceritakan pula keputusan MGTT tu ye sayang.. hingga kita berjumpa lagi.. ayah & ibu love you!
 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards