Powered by Blogger.

Monday, February 27, 2012

jatuh cinta pandang pertama


Assalamualaikum little caliph,

Semalam, 26.2.12 ibu & ayah ke klinik Idzham Tmn Kosas utk scan dan melihat kamu didalam rahim ibu. SubhanAllah.. kami berdua jatuh cinta pandang pertama melihat kamu.. kamu sungguh aktif melompat2 dalam rahim ibu. doktor sendiri pun kata kamu aktif. semoga kamu terus sihat & membesar dengan sempurna sayang..

Singleton bermaksud ibu mengandungkan kamu seorang. bukan kandungan kembar.

mengikut kiraan kalender, kamu sepatutnya berusia 11 minggu 1 hari semalam. tapi lepas scan, doktor ukur size kamu,usia kamu lebih 4 hari dari kiraaan iaitu 11 minggu 5 hari. so, EDD (Estimated Due Date) kamu berubah dari 15 September 2012 ke 11 September 2012.

Ayah juga dah belikan ibu Neurogain PB. cuma ibu belum start makan lagi. setakat ni masih lagi mengambil Obimin dan Folic Acid saja.

esok ayah akan temankan ibu ke KIA untuk MGTT. MGTT ni ialah test untuk mengesan kehadiran Gestational Diabetis Melitus (GDM) atau dalam bahasa mudahnya kencing manis. MGTT pulak biasa orang kenal sbgai minum air gula.

ibu kene minum air gula ni sbb dlm sejarah keluarga, ada kencing manis. tok abah kamu ada penyakit ni, jadi ibu perlu jalani ujian ni lebih awal sbb risiko tu lebih tinggi. malam ni ibu kene puasa start dari pukul 10 malam sampailah ujian tu dilakukan pagi esok. ibu harap kamu dapat cooperate dengan ibu & behave utk tidak muntah. please ye sayang.. kalau muntah, ibu kene ulang test lagi..

0 comments on "jatuh cinta pandang pertama"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards