Powered by Blogger.

Friday, January 20, 2012

Craving for pizza hut & lontong?


Assalamualaikum little caliph.

Kamu tahu, sejak kewujudan kamu dalam rahim ibu diketahui, orang2 yang rapat disekeliling ibu semuanya memberi layanan istimewa untuk kita.

oh, sebelum tu, ibu nak bagitahu kamu yg hari ini birthday nenek. insyaAllah malam nanti nenek & tok abah akan berangkat ke Thailand untuk bercuti berdua. ayah & ibu akan hantar mereka nanti. makteh kamu yg ada kat Melaka pun akan balik bercuti seminggu esok. ibu ingat nak belanja mereka semua makan kat Istana Bambu tapi since your Tok Abah buat surprise kat nenek pergi holiday, jadi plan makan2 akan di postponed lah.

ayah kamu demam panas Isnin lepas. kesian ayah. tekak ayah sakit yg amat sangat. ibu nak hantar ayah ke Klinik tapi ayah xmahu. ayah kata dia mahu berehat dirumah & tak larat nak bangun utk ke klinik walaupun sbnrnya ibu yg akan memandu kereta.

dalam pada ayah kamu demam panas tu, ayah siap masakkan sup sayur & ayam goreng untuk dinner kita malam tu. terharu ibu bila sampai je rumah dari office tgk ayah kamu berselubung di katil tapi sempat siapkan makan malam kita. ayah kata dia xmahu ibu banyak berdiri & buat kerja2 rumah. ayah tak mahu kita berdua lapar. Alhamdulillah, ayah kamu beransur sihat keesokkan harinya. tapi sampai hari ini ayah mengadu tekak ayah terasa 'pahit'. apa yg ayah makan semua rasa pahit menyebabkan ayah xlalu makan.

semalam, pagi2 lagi ayah kamu dah tunjuk kat ibu brochure Pizza Hut. ayah suruh ibu pilih flavour ape yg ibu nak sbb ayah nak beli utk dinner nanti. petang tu ayah ada badminton. owh sayang, ayah kamu adalah seorang yg aktif bersukan. sememangnya sgt contra dengan ibu=)

sementara tunggu ayah balik dari main badminton, ibu singgah rumah nenek. macam biasa, kami bercerita itu ini.. tentang apa yg nenek belajar dari ceramah ustaz yg dihadiri, amalan2 yg dianjurkan, macamlah. sampailah nenek cerita lepas blk dari ceramah, nenek singgah ke kedai dekat dengan rumah nenek & makan lontong. wah, ibu terus teruja tapi takdelah teringin sangat. teruja sbb dah lama kedai tu ada jual lontong, ibu boleh tak tahu?

malam tu lepas ayah balik, kami menikmati 2 regular pizza. masa makan, baru ayah kamu bagitahu ibu yg sbnrnya ayah begitu teringin utk makan pizza sejak malam sebelumnya. tulah sebabnya pagi2 lagi dah terus tunjuk ibu nak makan pizza yg mana=) ibu hanya tersenyum je sebab ibu rasa ayah kamu dah terkena alahan orang mengandung. ayah mengidam pizza hut!

pagi ni, pukul 7 pagi nenek kamu dah call. nenek suruh singgah ambik lontong! nenek baru masak lontong. nenek kata sebab ibu mengidam lontong, so nenek buatkan.. hehehe.. see syg, nenek thought that we're craving for lontong. hehehe.. nenek love you so much sayang..

till next entry.. let's doakan nenek & tok abah selamat sampai ke thailand & pulang ke Malaysia..

0 comments on "Craving for pizza hut & lontong?"

Post a Comment

 

little caliph kami Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards